"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"

Mejoriti pengunjung Kalami tidak bersetuju dengan PR ditubuhkan sebagai sebuah parti. Mungkin kerana...

1. selesa dengan cara sekarang yang longgar tanpa terikat dengan apa-apa dasar baru.

2. mahukan parti-parti politik yang mewakili mereka lebih bebas menentukan halatuju masing.

Adakah anda setuju PR didaftarkan sebagai sebuah parti?

01 Oktober 2009

Hang pikiaq sendiri!

ISMA mengimani bahawa politik merupakan sebahagian daripada Islam, di mana menegakkan kerajaan dan pemerintahan Islam adalah satu kefardhuan. Fardhu-fardhu Islam tidak dapat ditegakkan sepenuhnya tanpa kuasa pemerintahan.

ISMA tidak memisahkan politik dengan dakwah, tetapi dakwah mempunyai marhalah dan setiap marhalah ada wasilah yang munasabah untuknya. Secara umumnya, tiga peringkat dakwah yang perlu dilalui ialah peringkat individu, jamaah/masyarakat dan kerajaan.

ISMA membezakan antara menegakkan politik Islam yang memerlukan sokongan masyarakat yang faham dan yakin dengan hukum Islam dengan politiking sekular yang saling menjatuhkan antara satu sama lain dengan apa cara sekali pun.

Pada pandangan ISMA, masyarakat masa kini masih belum bersedia untuk menerima pemerintahan Islam. Kita boleh sampai kepada kuasa pemerintahan, tetapi kita mungkin tidak dapat melaksanakan Islam seperti yang sepatutnya.

Pada perhitungan ISMA, dalam konteks percaturan politik Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, mazhab politik dan ketamakan, maqasid syarak menuntut kita memastikan bahawa kuasa mesti sentiasa berada di tangan orang Islam sama ada adil atau fasiq, dan mesti memastikan komposisi Muslim di dalam Parlimen sentiasa dominan.

Oleh itu sifir ISMA berbeza, ISMA tidak melihat kemenangan Islam dengan semata-mata PAS mengalahkan UMNO, dengan apa suasana sekali pun. Kemenangan Pakatan Rakyat tidak semestinya membawa kita kepada pemerintahan Islam.

Untuk menegakkan Islam memerlukan kekuatan, yang mana kekuatan yang paling utama ialah perpaduan Islam. Justeru itu bagi kami perpaduan umat Islam/Melayu adalah pra-syarat ke arah itu. Usah harap kita dapat tegakkan negara Islam kalau kita lemah dan berpecah-belah.

Oleh itu harus difahami bahawa ISMA tidak sekali-kali menolak politik atau memisahkan dakwah dengan politik, tetapi ISMA memikirkan pelaksanaannya dari luar kotak pemikiran orang kebanyakan.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman
Presiden
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Korang fikirlah sendiri! Terutama yang warna biru tu. Jelas lagi bersuluh, ISMA tidak mengiktiraf PAS sebagai gerakan Islam. Apatah lagi mahu melihat PAS memerintah di Malaysia. Sejak sebelum merdeka hingga kini, mata rantai perjuangan Islam dengan ditelusuri dengan wadah PAS melalui wasilah siasah (hanya salah satu wasilah yang digunakan PAS) membutakan mata seorang Presiden Jemaah Islam.

Dakwah PAS bermula dari kelahiran tunas Islam itu sendiri (PASTI), sekolah-sekolah agama, perkaderan di peringkat universiti, pejabat-pejabat kerajaan negeri (terutama negeri-negeri yang berjaya atau pernah diperintah PAS) dan pusat (mereka-mereka yang yang menjadi mata dan telinga PAS). Dakwah Non-Muslim yang semakin diterima mereka sejak akhir-akhir ini.

Belum masuk mereka yang diburu dan dibunuh oleh pihak pemerintah sendiri seperti yang berlaku di Memali yang sehingga kini masih menjadi tandatanya.

Ianya terus berlaku di Mesir ini. PMRAM yang selama ini menaungi pelajar-pelajar Melayu di sini akhirnya terpecah dengan pelbagai fahaman dan fikrah yang memburukkan keaadaan. ISMA yang ditubuhkan pada tahun 2008 ternyata mendapat mandat penuh oleh pihak kedutaan Malaysia di Mesir. Setelah apa yang berlaku oleh Kelab UMNO yang hidup segan mati tak mahu, akhirnya ISMA nampak diperalatkan oleh mereka yang mengambil kesempatan dari "niat suci" ISMA untuk "mengislah" masyarakat siswa di Mesir ini.

Tidak kurang juga yang "memperalatkan" pegawai-pegawai kebajikan anak negeri yang dilihat natural dan membelakangkan persatuan rasmi anak negeri. Kita boleh membaca uslub ini. Menebalkan muka menyertai program anak negeri yang aku pun tak pernah melihat wajah-wajah tersebut. Kalau sekali pun, mesti aku ingat wajah mereka kalau tak ingat pun nama-nama mereka. Kebetulan mahu menggunakan dewan rumah negeri, maka program persatuan anak negeri menjadi medan mereka untuk membuat tinjauan ringkas. Kalau aku di kalangan mereka, sememangnya aku juga wajar menggunakan segala uslub tersebut.

Tetapi apa yang tidak kena dengan persatuan anak negeri dan PMRAM oleh mereka? Itu persoalannya!!!

1 komen:

askapa berkata...

"Korang fikirlah sendiri! Terutama yang warna biru tu. Jelas lagi bersuluh, ISMA tidak mengiktiraf PAS sebagai gerakan Islam"

-bukan tidak mengiktiraf,tetapi bukan semata mata itu..fahamilah ayat itu sebaiknya.jangan kesalahfahaman kita,menyeret orang lain bersama..

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


Tarikh & Waktu Mesir
Memuatkan ...

My Days

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Salam Singgah

Komen-Komen

Arkib

Blog Aku Juga

Mata Rantai