Peguam syarei yang bukan Islam, aku seru kepada kamu agar memeluk Islam. Belum sempurna jika kamu a'rif tentang selok belok undang-undang Islam dan mahu bercakap tentangnya jika kamu belum Islam. Kamu akan terasa lain dan nikmat mungkin, jika kamu sertakan "iman" dalam diri kamu untuk berbicara tentang undang-undang Islam.
Dari satu sudut aku kagum dengan kamu. Walaupun kamu bukan di kalangan mereka yang beragama Islam tetapi mahu menjalankan aktiviti guaman dalam undang-undang Islam. Sedangkan dalam masa yang sama ada di kalangan umat Islam tidak tahu selok belok undang-undang Islam bahkan mahu pula dibantahnya.
Aku mahu memberitahu kamu, bahawa undang-undang Islam yang kamu mahu uruskan ini bukan datang dari kami orang Islam manusia biasa. Tetapi ianya datang dari Allah Pencipta Sekalian Alam termasuk denyutan jantung kamu. Dialah maha mengetahui atas segala sesuatu dan rahsia undang-undang Islam ini. Ianya bukan setakat teori yang dibukukan sebagai Undang-Undang Syarei sahaja yang kamu lihat, tetapi mempunyai ruh dan semangat keadilan sejagat.
Secara ikhlas aku menyeru kepada kamu agar memeluk agama Islam.
Syarat untuk seseorang itu menjadi peguam syarie di Mahkamah Syariah dalam negara ini mestilah seorang yang beragama Islam.
Utusan Malaysia Online memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata, perkara itu termaktub di dalam undang-undang dan enakmen Mahkamah Syariah yang menetapkan sedemikian.
"Kita bercakap soal peraturan. Perkara ini bukan boleh buat suka-suka. Peraturan menetapkan peguam syarie mesti beragama Islam,'' katanya.
Jumaat lalu, Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh membenarkan Victoria Jayaseele Martin mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus (untuk memaksa kerajaan mematuhi perintah mahkamah) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira beliau bukan orang Islam.
Kes itu merupakan yang pertama di negara ini apabila seorang peguam bukan Islam diberi kebenaran untuk mencabar keputusan tersebut.
Di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, syarat sebelum seseorang boleh menjadi peguam syarie adalah dia mesti merupakan seorang Islam.
Di negeri-negeri lain, bukan Islam dibenarkan menjadi peguam syarie.
Bagaimanapun, Selangor baru-baru menarik balik kekecualian itu dan hanya peguam Islam yang dibenarkan di mahkamah syariah di negeri itu.
Sumber: Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan