Semakin menjadi-jadi masalah sosial ni. Semakin parah. Manusia semakin degil. Manusia yang bernama muslim pun sama degil. Tiada biah solehah (kondisi atau lingkungan yang baik) dah di Malaysia ni. Sudahlah haruk dengan judi kemudian dapat lesen judi pula tu! Yang haram jadi halal.
Sementelah dalam program membina modal insan pun ada yang betul-betul "melahirkan insan". Kecut perut aku baca surat khabar Malaysia sekarang ni. Banyak kerja dakwah, dan kerja dakwah ni bukan kerja para ustaz dan ustazah sahaja. Ianya kerja setiap insan bernama muslim.
Apabila kita hanya faham Islam itu hanya sekadar ritual upacara keagamaan sahaja, tidak berbentuk Ad Din Wa Ad Daulah ia semestinya merencatkan kesyumulan Islam itu sendiri. Malah pembawakan kita sebagai seorang yang bergelar muslim juga terbantut dek kerana kekangan suasana. Kita wajar membentuk biah solehah ini!
Tapi siapa lagi nak menggalas tugas ini? Nabi dan Rasul sudah tiada. Malah ulama pun kadang-kadang ada sebahagian besarnya berkompromi dengan sekularis. Jadi, jangan kita terkejut bila yang memainkan peranan ini adalah mereka yang bergelar peniaga pasar, nelayan, penoreh getah malah yang tidak habis sekolah. Ini kerana mereka yang sepatutnya telah mengalih tumpuan kepada hal dan dunia lain, bahkan seronok dibuai kehidupan "makan gaji".
Bentuklah biah solehah bermula dengan diri kamu. Kemudian keluarga kamu. Kemudian masyarakat sekeliling kamu. InsyaAllah negara kita boleh menikmati biah solehah dan mahmudah (terpuji) bahkan mendapat ampunan Tuhan.
Wallahua'lam
Sumber berita: Harian Metro

Tiada ulasan:
Catat Ulasan