"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


13 Mei 2010

Siapa lagi Khairi Jalaluddin nak salahkan?

Salinan dari Metro Online:


KUALA LUMPUR: Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) mendakwa kegagalan sekumpulan pelajar baru menduduki peperiksaan di Ma’had Qiraat Al-Azhar, Mesir, baru-baru ini, berpunca daripada ‘kerenah’ pelajar sendiri yang lewat tiba dan tidak memiliki visa.

Atase Pendidikan (Akademik) JPMK, Khairi Jalalludin berkata, memang banyak faktor menyebabkan insiden terbabit malah pelajar juga boleh dipersalahkan kerana pihak mereka yang lewat menyerahkan fail. “Ketibaan mereka tidak seragam, dengan sesetengahnya datang selepas tarikh ditetapkan iaitu selepas 30 Oktober tahun lalu.

“Di kalangan mereka ada juga yang tidak memiliki visa belajar seperti disyaratkan dan hanya menggunakan visa untuk tempoh sementara, malah ada pihak mewakili pelajar lambat menyerahkan fail. “Masalah tiada keseragaman ini sudah lama berlaku sebenarnya, namun ketika era Syeikh Al-Azhar, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi, pelajar yang lewat datang dan tiada visa masih dibenarkan menduduki peperiksaan. “Tetapi apabila Syeikh Al-Azhar yang baru iaitu Syeikh Dr Ahmad Tayyib, beliau begitu tegas dalam menguatkuasakan peraturan. Pelajar lewat dan tiada visa sama sekali tidak dibenarkan menduduki peperiksaan,” katanya. Insiden itu membabitkan 143 pelajar baru. Akibatnya, pelajar terbabit hanya dibenarkan menduduki peperiksaan yang dijadualkan Julai depan. Khairi berkata, persatuan pelajar Malaysia di Mesir tidak wajar menuding jari kepada pihak JPMK sahaja, terutama terhadap dirinya secara peribadi.

“Janganlah menyalahkan satu pihak saja. Masalah ini berlaku sudah lama, sedangkan saya datang berkhidmat di Mesir mulai 20 Januari lalu. Jadi, saya tersepit dan saya mewarisi masalah sebelum ini. “Bahkan, tidak wajarlah sekiranya ada pihak menuduh kami memberi tumpuan pada satu pihak saja, sedangkan semuanya kami kena lihat dan jaga.

“Soal pekeliling mengenai peraturan baru ini, ia bukannya ditampal dan diberikan secara automatik, sebaliknya kami kena minta. Itupun selepas beberapa kali berurusan baru dapat, kerana orang Arab ini lain sedikit, kena disusuli beberapa kali,” katanya. Menurutnya, pelajar juga perlu memahami syarat kemasukan ke Ma’had Qiraat lebih ketat, sehingga memerlukan visa yang sah dan laporan pemeriksaan perubatan, berbanding ketetapan di Universiti Al-Azhar yang agak longgar.
“Ini kerana Ma’had Qiraat bukanlah setaraf universiti, sebaliknya pusat pengajian tinggi manakala sijil dikeluarkan kalau diikutkan di sini tarafnya bukanlah sama dengan ijazah sarjana muda, namun di negara kita ia diiktiraf setaraf ijazah, sedangkan selayaknya ialah sijil tinggi,” katanya.


Mereka yang Khairi salahkan:
  1. Pelajar itu sendiri
  2. Wakil Pelajar (MAQAZ)
  3. Syeikh Dr Ahmad Tayyib
  4. Atase Akademik sebelum ini (siapa?)
  5. Orang arab Mesir
  6. Akhirnya Maahad Qiraat pula disalahkan.
Kesimpulan? Khairi Jalalluddin yang betul dan dia perlukan pembelaan? Hmm, bagaimana mereka nak dapat visa pelajar jika nama pun belum sampai ke universiti?

Salinan dari HarakahDaily


PUTRAJAYA, 12 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menuntut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyiasat secara mendalam punca yang menyebabkan pelajar Malaysia dihalang daripada menduduki peperiksaan di Maahad Qiraat al-Azhar, Mesir, cawangan Shubra dan Mansourah.

Tuntutan itu dinyatakan dalam satu memorandum yang diserahkan oleh Setiausaha DPPP, Kamaruzaman Mohamad kepada KPT di sini, hari ini.

Memorandum itu diterima oleh pegawai khas Menteri Pengajian Tinggi, Mohd Arif Adnan.

"Pihak kami meminta KPT menyiasat dengan lebih terperinci bagaimana kes sebegini boleh berlaku dan berharap memorandum yang diserahkan ini dapat membantu menyelesaikan masalah pelajar kita di sana," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum berkenaan.

DPPP juga mahu KPT melaksanakan program pra perlepasan dan program pasca ketibaan bagi memastikan segala urusan yang berkaitan dengan pendaftaran pelajar baru dipantau dan segala masalah berbangkit ditangani seawal mungkin.

Selain itu, KPT diminta meningkatkan koordinasi dengan semua pihak yang terlibat dengan penghantaran pelajar Malaysia ke Mesir termasuk pihak Kedutaan Malaysia di Mesir dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan urusan penghantaran pelajar ke Al Azhar berjalan secara sistematik.
Pelajar-pelajar tahun satu dari Malaysia tidak dapat menduduki peperiksaan tersebut yang dijadualkan pada 8 Mei yang lepas akibat isu-isu birokrasi pentadbiran.

Kamaruzaman berkata, pelajar tidak harus dipersalahkan sebaliknya pihak yang bertanggungjawab di Malaysia dan Mesir khususnya Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) perlu lebih profesional dalam menguruskan pelajar baru di Al Azhar.

"DPPP melihat wujudnya kelemahan dan kepincangan yang ketara dalam aspek pengurusan pelajar-pelajar baru di Maahad Qiraat Al Azhar. "Wujud keraguan yang munasabah terhadap kepekaan dan profesionalisme JPM di Mesir dalam menangani permasalahan pelajar Malaysia di sana," katanya lagi.
Satu lagi tuntutan dalam memorandum berkenaan adalah mengenai masalah kelewatan proses pemuafakatan bersama KPT bagi pelajar perubatan sesi 2009/2010 di bawah seliaan KPT yang ditempatkan di lima buah universiti di Mesir iaitu Kaherah, Ain Shams, Iskandariah, Tanta dan Zaqaziq.
Seramai 65 orang pelajar perubatan sesi berkenaan didaftarkan di kuliah perubatan dalam program Government-to-Government (G2G) namun mereka tidak layak menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Mesir. Kelewatan pemuafakatan ini dikesan berpunca daripada sikap KPT Mesir yang menganaktirikan pelajar G2G dan sikap JPM Kaherah yang tidak efektif dalam menangani masalah tersebut.
"Berdasarkan pengalaman sesi terdahulu, jangka masa proses permuafakatan ini dapat diselesaikan selewat-lewatnya sebelum bulan Januari, tahun pertama pengajian.

"Tapi apa yang berlaku, prosedur tersebut selesai pada 6 April 2010. Ini bermakna, ia telah tertunda lebih dari empat bulan dari jangka masa yang sepatutnya," katanya.

Kelewatan itu menimbulkan masalah kepada pelajar terbabit kerana proses penghantaran fail maklumat pelajar ke universiti masing-masing tergendala menyebabkan mereka masih belum disahkan secara hitam putih sebagai pelajar di universiti mereka.

Justeru DPPP mencadangkan agar JPMK mengeluarkan surat dalam kapasiti tugas mereka bagi memohon kebenaran dekan universiti Ainsham, Tanta dan Zaqaziq untuk memberi kelonggaran kepada pelajar menduduki peperiksaan akhir tahun di universiti masing-masing.

Selain itu, DPPP mahu JPMK memberi desakan kepada pihak KPT Mesir supaya menyegerakan proses penghantaran fail maklumat pelajar ke universiti masing-masing.

Sementara itu, Kamaruzaman memberitahu, hasil perbincangan kira-kira 15 minit bersama pihak KPT, pihak kementerian berjanji akan menyiasat laporan yang dinyatakan dalam memorandum tersebut dan mengambil tindakan segera.

Turut mewakili KPT, Prof. Fauzi, iaitu individu yang bertanggungjawab menguruskan pelajar Malaysia di Mesir.

Terima kasih kepada Dewan Pemuda PAS Pusat kerana bertindak pro-aktif dalam menangani isu ini. Aku berharap bukan hanya pihak PAS sahaja yang memainkan peranan ini. Ianya perlulah ditangani bersama seperti Ahli Parlimen, Menteri Pengajian Tinggi dan juga pihak ibu bapa penjaga pelajar terbabit.

Pihak JPMK di sini dah lama sunyi dari diperhatikan oleh rakyat Malaysia. Hanya para pelajar sahaja yang selalu berurusan dengan mereka tahu sejauhmana kelicinan perjalanan tugas mereka. Kebanyakan pegawai JPMK dihantar di sini tugas pertama hanya untuk menentang persatuan pelajar seperti PMRAM. Bahkan Badan Kebajikan Anak Negeri yang berdaftar bawah Kedutaan pun tidak mendapat keistimewaan. Seperti sama sahaja berdaftar dan tidak berdaftar.

Ini belum lagi mereka mahu menangani masalah sosial di kalangan pelajar. Laporan dari persatuan pun dibakulsampahkan sahaja. Malah dijadikan bahan perli sahaja bila pelajar-pelajar berurusan dengan mereka.


Wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai