"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


18 Jun 2009

10 Ahli Parlimen PAS buat kejutan beruk?

Angkatan Perpaduan Ummah (APU) merupakan satu ijtihad. Kemudian, lahir GERAK sebelum lahirnya Barisan Alternatif juga satu ijtihad. Sekarang Pakatan Rakyat juga merupakan ijtihad. Ijtihad-ijtihad ini merupakan satu pandangan berdasarkan dalil-dalil dari 'mujtahid'. Mujtahid mempunyai alasan-alasan.

Ijtihad juga tidak boleh membatalkan ijtihad lain. Kerajaan Perpaduan dan ertikata kerajaan tanpa pembangkang merupakan satu ijtihad, oklah bukan ijtihad tapi lontaran idea untuk sama-sama munaqasyah, ianya boleh jadi betul boleh jadi salah. Jika betul dapat dua pahala, jika salah dapat satu pahala. Mujtahid tidak boleh memaksa orang lain mengikut ijtihasnya, juga orang lain tidak boleh memaksa orang lain menolak ijtihad dari mujtahid. Mujtahid juga tidak boleh memaksa orang lain menolak ijtihad mujtahid lain.

Hari ini, kita lihat ada berlaku kecelaruan. Tok Guru Nik Abdul Aziz menyatakan dengan keras terhadap Timbalan Presiden PAS yang menyambut baik respon dari Najib Tun Razak berkenaan dengan idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden Tok Guru Hj Abdul. dari segi akhlak mujtahid, nampaknya Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak mempamirkan satu sikap yang baik yang boleh dicontohi oleh ahli bawahan. Mereka (ahli bwahan) disuap awal dengan usul 20 Hassan Al Banna antaranya dalam masalah khilaf. Usul 20 ini rata-rata gerakan Islam mengguna pakai ia sebagai satu kertas disiplin dalam merekrut ahli-ahlinya. Silibus yang wajib dihadamkan, bukan calang-calang punya usul ni. Ianya terpakai hingga kini sejak kebangkitan Ikhwan Muslimin di Mesir selepas kejatuhan khilafah Uthmaniah. Kiralah berapa lama?

Aku pernah berbual dengan salah seorang AJK Pas Pusat. Dia pernah kata kepada aku "orang-orang PAS ni suka naikkan orang yang pelik-pelik sebagai pimpinan". Aku faham, apa yang dimaksudkan dengan "pelik" dalam kepala beliau. Aku senyumkan.

Kecoh sekejap di Parlimen dengan aksi Nizar dan sebilangan ahli parlimen DAP. Aku pun terkejut, tapi sebagai orang yang pernah mengetuai negeri Perak. Semestinya tindakan beliau merupakan satu menifestasi dari apa yang berlaku di Perak. Pelik tak pelik, dia dah buat.

Kemudian 10 ahli parlimen PAS pula buat kejutan beruk. Dikatakan dalam Malaysiakini dan Harakahdaily mereka membuat kenyataan:


Mereka mengisytiharkan beramai-ramai menolak idea kerajaan perpaduan dan sekali gus memberi mandat kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menangani isu tersebut yang sedang menggelegak dalam parti itu.

Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan, mereka sebulat suara menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan seperti disarankan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang "tidak pernah merupakan agenda PAS."
Dalam hal ini aku sangat tak setuju tindakan bodoh dari 10 ahli parlimen PAS ini. 10 ahli parlimen PAS ini ialah:
  1. Dr Hatta Ramli (Kuala Krai)
  2. Khalid Samad (Shah Alam)
  3. Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor)
  4. Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat)
  5. Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang)
  6. Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja)
  7. Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa)
  8. Dr Mohd Hayati Othman (Pendang)
  9. Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan
  10. Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar)
Apakah perlunya membuat bantahan ini atau kenyataan media di Parlimen? Apakah rasionalnya mereka melakukan ini di Parlimen? Mereka kena ingat, mereka mewakili pengundi-pengundi di Parlimen masing-masing. Para pengundi yang mengundi mereka bukan 100% bersama mereka dalam hal ini. Tidak sepatutnya mereka mengheret para pengundi mereka dan memaksa menolak idea kerajaan perpaduan. Seperkara lagi mereka adalah ahli gerakan Islam. Jika ini wajah-wajah ahli gerakan Islam gambarkan, bagaimana nak membentuk satu wacana siyasah yang berilmu di kalangan ahli? Ini lain jika ianya merupakan pendapat peribadi, itu hak masing-masing. Tetapi dengan tindakan ini nampak seperti memaksa orang lain menolak idea tersebut.

Mereka mengatakan ianya bukan agenda PAS dan tidak pernah dimesyuaratkan oleh mana-mana Dewan Harian atau Majlis Syura. Jika ianya begitu, mengapa pula mereka bertindak demikian? Lainlah jika ianya dah diputuskan atau dimuktamadkan oleh pimpinan. Inilah bahananya bila membelakangkan ketua dalam bertindak. Dengan secara tidak langsung tindakan ini merendahkan-rendahkan idea dan kredibiliti ketua mereka Presiden PAS sendiri. Kurangnya hikmah kebijaksanaan mereka dalam hal ini.
Kalau nak menyokong ijtihad Tok Guru Nik Abdul Aziz dengan menolak idea kerajaan perpaduan sekalipun, tak perlu rasanya buat acara begini di Parlimen. Ianya seperti "ingin memadamkan api, tetapi disimbahnya dengan minyak tanah yang disangka air".

Dalam masa yang sama, dilaporkan juga Tok Guru Nik Abdul Aziz akan mengadakan perjumpaan yang dikatakan "
mesyuarat ukhuwwah" dengan Tok Guru Hj Abdul Hadi Awang dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Mungkin Tok Guru Nik Abdul Aziz menonton semula berita di televisyen atau internet bagaimana marahnya dia kepada Ustaz Nasharuddin, rasa seperti tidak patut pula kata begitu. Agaknya....

Baca juga Semua Kata-Kata Boleh Diterima atau Ditolak KECUALI Kata-Kata Rasulullah S.A.W

6 ulasan:

  1. apa salahnya menolak idea.. ianya hanya baru idea, bukan lagi cadangan yang dibawa ke Menyuarat PAS Pusat. PAS bukannya macam UMNO yang memaki hamun ahli sendiri kalau tidak sependapat. Maka pada saya terpulanglah pada anggota MP tersebut untuk menyatakan pendirian.

    -almansur-

    BalasPadam
  2. @ saif al mansur,

    Ana dah jelaskan dalam entri ini. Wallahua'lam

    BalasPadam
  3. Ngak apa.. saya mungkin berpandangan positif terhadap apa yang dilakukan oleh 10 MP tersebut. Perspektif kita mungkin berbeza di dalam menyatakan tidak kesetujuan. Ingat, kita buka seperti UMNO yang memaki ahli sendiri apabila menyanggah pandangan President mereka.

    BalasPadam
  4. Dengan DAP yg terang-terang menentang pelaksannan Islam mahu pulak kita berpeluk-peluk...Dgn UMNO yg hanya berbeza pada pandangan Fekah...x mahu pulak kita berkawan....dah nampak dahhhhh...sama jer...ulamak dunia tuu....Hanya jauhari yg mengenal manikam..

    BalasPadam
  5. Salam, cuba nta baca majalah Al-Islam-edisi Jun 2009(dah lama sy tak baca, tapi isu kali ini amat berbeza). Nta buka m/s 31 dan baca dengan hati yang lapang. Pada sy MCA, MIC, PPP dan lain-lain parti bukan Islam dalam Malaysia tidak akan berbicara sedemikian, malah UMNO yang mengaku Islam pun, belum tentu akan berhujjah sedemikian. Harap nta dapatkannya ya..

    -almansur-

    BalasPadam
  6. Bagaimana pula dgn Nizar yg menjawab soalan Tajol Rosli di Dewan Rakyat Perak.."Tiada Negara Islam dalam menifesto kami"?????....saudara pergi ke sini..saudara lihatlah Ulama dunia.yang menyembunyikan kebenaran...saudara baca dgn hati yg lapang ye...http://www.angelfire.com/emo/doaanwar/tamadun.html

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai