"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


22 Julai 2009

Cukup sekadar dapat yang faham


Tadi aku menghadiri Konvensyen PMRAM 2009. Ianya bagi membahaskan ucapan dasar Presiden PMRAM 2008. Ucapan dasar yang aku kira merupakan garis panduan bagi setiap pimpinan mahupun yang dipimpin dalam menempuh setahun perjalanan kepimpinan PMRAM 2009. Merangkumi segenap hal yang meliputi tarbiyah, kesatuan, kebajikan, ekonomi dan sebagainya. Aku kira kesemua perwakilan yang mewakili negeri dan cawangan masing-masing dapat memberikan satu lontaran idea dan cadangan mahupun kritikan.

Bagaimanapun, dari beberapa analisa ringan yang aku lihat. Nampak seperti para perwakilan nampak seperti kurang bersedia dan tidak meniliti dengan bersungguh apakah hadaf dan tujuan konvensyen ini dilaksanakan. Ada yang hanya memberikan satu cadangan sahaja, dan mungkin baru meniliti tanpa menyemak dan berbincang sesama mereka.

Apa yang menarik, aku dah beberapa kali menyertai program seperti ini, tapi sering sahaja ada perubahan dari segi perjalanan dan pengisian. Apatah lagi ada sesi menerima usul dan membahaskannya! Membuatkan aku termangu memikirkan krelevanan menerima usul dan membahaskan usul. Sedangkan ianya bukan muktamar! Setiausaha Agong sebelum itu sudah menjelaskan berkenaan dengan kemusykilan yang aku ajukan melalui soalan bertulis. Tetapi nampaknya ramai yang samar dan akhirnya menjadikan medan "siapa suka bercakap". Aku tersenarai dalam medan tersebut, yang sebenarnya tak mahu memberi sebarang pandangan atau cadangan yang cukup sekadar apa yang telah aku bahaskan uacapan dasar di awal program, tetapi tergerak hati bila para perwakilan "membahaskan usul" berkenaan dengan 'memusatkan program'.

Adakah keadaan ini akan terus berlaku? Bahkan bercakap tentang survival PMRAM pun nampaknya membuatkan perwakilan 'tidur'.

Aku mewakili Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir untuk membahaskan sub topik ucapan dasar berkenaan dengan tarbiyah. Aku kira ini merupakan satu tugas yang berat, bila mana Johor di minta berbahas berkenaan dengan tarbiyah sedangkan Johor merupakan antara negeri-negeri yang bermasalah dalam soal tarbiyah. Apatah lagi kes 'gelek inul' telah berlaku, nasib tak runtuh rumah Johor.

Kita selaku pendokong mahupun penyokong kepada PMRAM ini sememangnya mengharapkan satu natijah yang baik bagi pelaksanaan sebarang program. Terutama tarbiyah! Ianya merupakan peranan utama bagi merealisasikan sebarang impian murni lain. Kurangnya kefahaman pimpinan ahli menilai aspek dalam kecamata tarbiyah ini merupakan satu bala bencana besar. Bahkan ianya boleh menjadi faktor terpenting mengapa kepimpinan PMRAM merasakan PMRAM semakin ketandusan ahli, malah ada yang menganggap sudah 'sifar ahli'. Aku tak pasti mereka yang selalu bersama dan komited dengan kerja-kerja bersama PMRAM berkecil hati atau tidak, dan aku harapkan tidak!

Baik, aku kira semua menyokong jika aspek tarbiyah ini jika berjaya dapat melahirkan seorang mahasiswa yang lengkap dari segenap segi. Akademik, akhlak, berpersatuan atau boleh dikatakan "icon sempurna". Realiti atau fantasi? Lu fikirlah sendiri!

Aku berbangga dengan dua orang yang boleh aku sebut di sini, Hairul Nizam Mat Husain dan Ahmad Yusuf. Mereka ini boleh dikatakan hebat dari aspek-aspek yang aku sebut di atas tadi. Tapi, betulkah mereka lahir dari tarbiyah PMRAM?

Apakah kita rasa berpuashati bila melihat keberkesanan tarbiyah ini dari sudut aktif menyertai program-program yang dianjurkan? Atau dapat melahirkan seorang yang berakhlak mulia? Atau cerdik dalam medan akademik? Hakikatnya masih ada istilah-istilah 'budak talaqi' dan istilah-istilah yang tidak sedap didengar. Hakikatnya juga kita gagal melahirkan 'icon sempurna'.

Dari satu sudut, mereka yang kuat bertalaqi ada kelebihan, juga 'orang persatuan' juga mempunyai kelebihan. Dari kelebihan-kelebihan itu sepatutnya melahirkan kesatuan fikrah dan bukannya membina satu tembok besar! Bagi aku jika tarbiyah ini dapat melahirkan kesatuan fikrah ia memadai, bagi tempoh ini. Kerana dalam keadaan yang agak mustahil ini, kita sekurang-kurangnya dapat membina muslim yang faham!

Setakat ini dahulu.

2 ulasan:

  1. Pembentangan menarik tentang tarbiyah daripada negeri Johor. Tapi...kenapa tak ke restrum?

    Mungkin peserta pertama!

    BalasPadam
  2. @ typeace,

    Dah minta presiden, tapi dia suh kat bawah. lepas dari itu mungkin dia perasan. Dia minta pembahas naik atas.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai