Sepanjang aku menyambut Ramadhan dan Syawal kat Mesir ni, tak pernah aku dengar lagu raya versi arab Mesir. Aku tak pastilah kalau korang yang dah lama kat sini pernah dengar. Mungkin aku yang jarang tonton tv arab ni (walaupun rumah ada tv, tapi lebih kepada bola dan berita) tak tahu kalau-kalau ada lagu raya versi arab Mesir.
Gambar 1:Lampu-lampu Ramadhan
Bila kali keempat menyambut Ramadhan dan Syawal InsyaAllah di sini. Ikhlas aku katakan pada tahun pertama sahaja aku macam meremang bulu tengkuk ni bila dengar lagu raya time-time bulan puasa. Masa tu teringat la, suasana-suasana beraya kat Malaysia , eceh. Berkobar-kobar nak buat panggilan ke Malaysia. Tanya itu ini begitu begini.
Ternyata di sini Ramadhan dan Syawal ternyata menidakkan segala budaya-budaya raya dari Malaysia. Kali ini aku menyambut Ramadhan dengan ahli rumah baru (kecuali Emon), dan rumah sewa baru (bulan 4 mula sewa) di Hayyul A'syir (Seksyen 10 la camtu). Sehari sebelum Ramadhan, rumah kami didatangi seorang lelaki arab tempatan, meminta LE5. Aku tanya untuk apa? Dia kata untuk persiapan lampu ramadhan. Aku mula-mula tercengang, tapi malas nak tanya banyak-banyak aku keluarkan LE5. Sebab Awis (jiran depan rumah dari Somalia) pun keluarkan LE5 tanpa banyak songeh.
Nak bertarawih malam kedua, suasana di luar apartmen kami dihiasi lintang-lintang lampu dan tanglung!! Berwarna warni!! Seronok pula melangkah ke masjid untuk bertarawih. Ramai yang melangkah ke masjid terbelek-belek lampu dan tanglung. Sebenarnya bukan di apartmen kami sahaja! Kebanyakan lumrah sambutan Ramadhan di Mesir ni dihiasi dengan lampu-lampunya. Kemeriahannya terasa.
Apa yang meriah sambut Ramadhan di Malaysia? Semestinya Bazar Ramadhan sampai jadi pesta makan pula. Padahal bulan puasa ni kena latih diri kawal nafsu. Namun lain pula di sini, ramai yang kaya raya berlumba-lumba bersedekah dengan mengadakan "Maidatur Rahman". Mereka ada yang melakukannya di masjid-masjid, dan setengah-setengahnya restoran persendirian dan khemah-khemah yang dipacak sendiri. Kadang-kadang tu siap hantar ke rumah-rumah. Nak tahu lauknya apa? 1/4 ekor ayam panggang beserta nasi, kuah kacang merah atau kentang, serta roti.
Gambar 2:Anuar dan Elina
Bila time dekat nak raya. Kami "cuba-cubalah" buat meriah. Gantung kad raya kosong, hahaha. Ada yang buat ketupat reben gantung kat pintu. Macam-macam gaya. Pagi raya kami bersolat dengan di padang! Bukan di masjid!Tak jumpa yang bersampin sakan. Hanya mengenakan jubah sahaja. Segan nak pakai baju melayu. Arab pakai t shirt dan jeans sahaja huhu. Setelah selesai solat sunat Aidifitri, balik rumah tido! Hahaha. Yang rajin sikit baca-baca quran. Ngadap-ngadap kitab. Perut lapar tak masak pun. Ada yang rajin, masak ler.
Meriah sikit bila hari kedua atau ketiga Syawal lah. Persatuan-persatuan negeri kat sini buat program raya. Adalah makan-makan, persembahan macam-macam. Masa tu nampak lah yang pakai baju melayu bersampin. Bidaah kan diorang? huhuhu.
Cuma ternyata lagu raya tak laku kat Mesir! Apatah lagi nak buat aku menangis dengar lagu raya!
P/S: Entry ini dibuat selepas mendengar lagu Anuar dan Elina di blog sahabat. (Apai ko kemaruk sangat nak beraya nih, hehehe) Doakan dia sehat sejahtera ya!
Habis Pilihanraya Kecil Permatang Pasir, hilang sudah isu syurga, Nik Aziz perlu bertaubat, Anwar pengkhianat, Permatang Pasir jadi anak emas Kerajaan Pusat dan macam-macam lagi yang riuh rendahnya sampai ke sempadan Nil ni!
Bila difikirkan, kenapa pula Permatang Pasir baru dihebohkan nak jadikan anak emas Kerajaan Pusat. Lagipun Pulau Pinang baru diperintah DAP tahun lepas. Permatang Pauh bawah pembangkang tahun 1999 juga DUN Permatang Pasir bawah PAS pada tahun 1999. Sebelum tu Pulau Pinang bawah kerajaan BN walaupun yang memerintah sama bangsanya dari Cina cuma partinya berlainan. Akidah mereka tetap sama. Atau dulu masa BN perintah, Permatang Pasir jadi anak haram?
Teringat kata-kata Tun Dr Mahathir yang melawat satu kawasan di Pulau Pinang pernah mengatakan seperti "selepas perang dunia kedua". Waktu itu masih di bawah pemerintahan regim beliau lagi. Heboh satu negara, perlu ada perubahan dan sebagainya. Tapi sama sahaja, sehinggalah DAP memerintah pada tahun 2008.
Aku ada baca blog Faizal Sabhon, sahabat UMNO aku di blog beliau. Kali ini artikel beliau agak bagus untuk dibaca bersama. Memandangkan beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Syariah Universiti Al Azhar, selayaknya beliau berbicara dengan isu-isu syariah dan hukum hakam.
Asyik membaca entrinya dari mula. Tetapi bila sampai pertengahan aku dah rasa tak enak. Tapi bila aku fikir balik. Biasalah dia UMNO! Aku reda semula, dan teruskan membaca. Tapi ada beberapa perenggan yang bila baca berulangkali kelakarlah pula. Antaranya:
Pertama:
"Sebenarnya,Usaha pelaksanaan undang-undang hudud itu ada dirintis secara senyap oleh BARISAN NASIOAL (BN), akan tetapi tapi pemerkasaan itu seolah-olah kelihatan “lemah”. Kenapa saya kata lemah, ianya tidak diteruskan walaupun usaha telah dirintis oleh ALLAHYARHAM TAN SRI AHMAD IBRAHIM yang dijemput dari SINGAPURA oleh TUN DR MAHATHIR semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat ."
Kedua:
"Bermula pindaan perkara 121 (1a) perlembagaan Malaysia, pada tahun 1988 dimana PAS belum pun menang di KELANTAN ketika itu, (PAS menang di Kelantan pada tahun 1990 dan Kelantan ketika tahun 1988 masih dibawah Barisan Nasional) BN sebenarnya telah merintis jalan ISLAMISASI PERUNDANGAN."
Ketiga:
"kita mesti masuk perjuangan PAS kerana hanya PAS yang mahukan ISLAM!”, ucapan dangkal pihak tertentu yang membantutkan usaha memperbaiki negara ini dari penjajahan selama 400 tahun. Ingat! kelewatan islamisasi perundangan adalah kerana kita telah dijajah selama 400 tahun bukan kerana kerajaan BN yang memerintah lebih 50 tahun ini tidak mahu melaksanakan perundangan Islam."
Ulasan aku bagi kenyataan pertama dan kedua:
Alhamdulillah jika benar apa yang telah berlaku dan dinyatakan oleh beliau. Ianya lemah kerana Barisan Nasional hanya memerlukan Islam pada ketika dan masa yang diperlukan sahaja. Islam pada mereka hanya pada perkara tertentu. Tidak keterlaluan aku mengatakan jika mereka mahu, mereka ambil, jika tidak mahu mereka tendang Islam jauh-jauh.
Anggapan ini bukanlah anggapan kosong semata-semata. Ini kerana para pimpinan UMNO dan negara lalu dan hari ini sangat mencemuh undang-undang syariah. Apatahlagi mahu melaksanakannya.
Antara ucapan-ucapan pemimpin kesayangan Faizal Sabhon (Mungkin masa ini Faizal masih bersekolah di Kelantan) :
(Kenyataan Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif (Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan - (Kenyataan Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan). Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja. (Ucapan Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 Umno bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.
(Ucapan Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah). Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama. (Kenyataan Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno). Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud.
(Ucapan Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam. (Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? -
(Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. - (Kenyataan Najib Razak pada 20 April 1992 kepada para wartawan).Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.
(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja." (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994). "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam." (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini."
(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994). "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam". (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud." (Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). "Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam." (Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991). "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."
(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak." (Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu."
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."
(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 15 Julai 1994). "Jika semua urusan selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita akan mengiktiraf negara itu." (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."
(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 14/7/92) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'.
(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 2/5/92) 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dankaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.
(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 1994) 'Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud'( hukum Islam) (Dato' Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) 'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'.
Malah di dalam satu dialog yang diadakan bersama para peguam di auditorium Majlis Peguam pada 22 Februari 2006 yang lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dengan tanpa segan silu mendedahkan sikap partinya, UMNO terhadap Islam.
Menteri tersebut dikatakan berkata bahawa persaingan bagi mendapatkan undi telah mendorong parti-parti politik seperti UMNO dan PAS menggunakan Islam sebagai pengkalan atau platform dan seterusnya mendorong pihak seperti beliau dan UMNO untuk melakukan perkara-perkara yang “we do not believe in” (kami tidak percaya kepada perrkara-perkara tersebut).
Dengan lain perkataan, UMNO terpaksa juga menggunakan slogan dan platform Islam meskipun UMNO sendiri tidak percaya kepada apa yang terkandung di dalam Islam itu sendiri sama ada aqidahnya, hukum hakam, halal haram dan sebagainya.
Nazri seterusnya dilaporkan berkata bahawa UMNO terpaksa menggunakan Islam kerana PAS menurutnya menggunakan Islam bagi mendapatkan undi. Nazri berkata:
“we are doing a disservice to our nation. we are led into doing something that we don’t believe.”
Terjemahan : “Kami melakukan perkara yang tidak memberi khidmat kepada Negara , kami telah didorong bagimembuat sesuatu perkara yang kami tidak percaya.”
Dengan lahirnya kenyataan ini dari pimpinan UMNO, tak perlulah rasanya Faizal nak mendabik dada UMNO yang merintis. Ini bukan persoalan siapa yang merintis atau membuka jalan. Ini persoalan hak Allah yang perlu diperjuangkan dan dilaksanakan! Jika UMNO ikhlas nak melaksanakan syariah, aku yakin sejak mula merdeka mungkin sekarang kita sudah merasai bagaimana duduk dalam keadaan Baldatun Toiyibatun Wa Rabbun Ghofur!
Ulasan dari kenyataan ketiga:
Nabi membuktikan perjuangan selama 23 tahun telah merintis pemurniaan akidah dan pelaksanaan syariah secara total! Bermula dengan terbinanya Negara Islam Madinah hingga jatuhnya khilafah Islamiah pada tahun 1924 masihi.
Perjuangan yang melibatkan aktiviti yang menyeluruh dari aspek akidah dan syariah. Ianya bukan dari kesan bercampur baur perkara-perkara yang halal dan haram.
Bagaimana kita nampak serius nak makan nasik lemak dalam masa yang sama kita tiada usaha mencari santan, apatah lagi kita bubuh rempah kari dalam beras!
Begitu juga dengan pembinaan sebuah daulah Islam yang tertegak padanya akidah dan hukum hakam padanya, sedangkan kita pada masa yang sama turut merestui aspek-aspek lain yang dimukai Allah?
Mungkin kenyataan BN-lah yang merintis "Islamisasai Perundangan" tidak begitu terkesan. Tetapi bila melihat apa yang telah terlaksana sejak 50 tahun ini, menunjukan ianya bukanlah satu kerja merintis " Islamisasi Perundangan" tetapi "sekularisasi perundangan". Aku malas nak buka buku sejarah semula. Mungkin tidak tercatat juga dalam sejarah yang kita belajar dahulu, siapakah mereka-mereka tercatit sebagai perintis perjuangan Islam. Apatah lagi Islamisasi Perundangan yang merupakan salah satu "topik" atau "muqarrar" dalam kamus perjuangan Islam. Korang pandai-pandailah cari sendiri!
Apakah dengan artikel 121 (1a) tersebut tidak boleh berubah? Adakah Faizal yakin ianya bertahan jika UMNO tetap memerintah dengan rentak yang sama? Kes Kartika sangat mencelikan mata kita semua, bahawa hukuman Allah yang tidak dilaksanakan dengan hak dan adil bakal membawa persoalan yang rumit di kalangan masyarakat. Apatah lagi di zaman sekarang kita menghadapi mereka yang berfahaman nasionalis, sekularis, liberalis, pularis dan macam fahaman songsang yang lantang mempersoalkan keadilan undang-undang Islam.
Inilah risiko yang kita hadapi sekarang, setelah asuhan UMNO selama 50 tahun terhadap rakyatnya, dan 400 tahun asuhan penjajah bak kata Faizal sendiri.
Jarak tahun kerasulan antara Nabi Isa dan Nabi Muhammad berapa tahun Faizal?
Hah? Apa lagi? Semua institusi agama dia Malaysia, tak kiralah dari peringkat mana. Samada kerajaan, swasta, persendirian dan apa-apalah. Sahutlah apa yang diseru oleh PM kita. Aspek hukuman dalam Islam sememangnya mengutamakan tarbiah, denda ribu-ribu sebat 6 kali bukan cara Islam. Bagi pesalah meminum arak dah ditentukan hukumannya jika sabit kesalahan.
Oleh kerana Islam kasihankan penganutnyalah, sewajarnya hukum Jenayah Islam diterap sepenuhnya. Bukan hanya pada aspek-aspek tertentu. Masuk Islam kena Islam seluruhnya! Bukan separuh-separuh. Islam bukan hanya pada solat, zakat, puasa dan haji. Ianya "way of life". Ianya Ad Din. Merangkumi segala aspek kehidupan dan aspek selepas kehidupan dan alam seterusnya.
Dari satu segi, kes yang berlaku menampakkan kecatatan hukuman yang dicipta manusia. Aplikasinya, pemahamannya dan pelaksanaannya yang ternyata lemah. Islam hadir dengan perantaraan Nabi Muhammad s.a.w telah menjelaskan segala yang kabur, membawa manusia dari gelap kekufuran kepada cahaya iman.
Dalam masa yang sama, Islam tiada berkompromi dalam perkara-pekara yang haram secara qate'i. Perkara-perkara yang menjadi ijmak ulama. Melanggar dengan sengaja dalam isu-isu ini bakal menerima hukuman setimpal yang hukumannya juga dijelaskan oleh Allah tanpa ditinggalkan begitu sahaja untuk manusia memikirkannya. Allah Maha Mengetahui bahawa hambaNya lemah dan tahap fikirannya pun Allah yang kurniakan. Allah cipta manusia, Allah juga tahu bagaimana baiki manusia yang rosak.
Mana datang arak? Dari kilang arak! Mana datang kilang arak? Sebab diluluskan kerajaan untuk dibina! Mana datang kerajaan? Datang dari rakyat yang memilihnya! Salahkan Kartika minum arak yang mana arak tersebut datang dari kilang yang diluluskan oleh kerajaan yang dipilih rakyat sepertinya?
Bukan satu-satu aspek tertentu sahaja untuk diselesaikan oleh Nabi yang diutuskan oleh Allah. Ianya merangkumi semua aspek kehidupan. Sebab itu ade AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR! Bukan amar makruf sahaja atau nahi munkar sahaja. Tarbiah dan pendidikan Nabi dah ajar. Ini baik itu buruk. Ini halal itu haram. Buat baik jangan buat jahat. Buat baik dapat pahala dan balasan syurga. Buat jahat dapat hukuman dan balasan neraka.
Kartika tahu, arak haram. Bahkan tahu lama dari tarbiah Nabi. Kartika juga mungkin tahu minum arak merupakan salah satu jenayah hudud dalam Islam.
Tarbiah itu utama, tapi hukuman itu bukan nombor dua!
Tiba bulan puasa ni, ramai yang bertanya berkenaan dengan qadha' dan fidyah. Aku sediakanlah serba sedikit berkenaan hal-hal demikian. Aku rujuk Fiqh Manhaji (Fiqh Mazhab Syafei) jer. 1. Musafir dan Sakit
Meninggalkan puasa kerana dua sebab ini wajib qadha' sebelum datang Ramadhan akan datang.
Kalau dia lengah-lengah (malas) sehingga masuk Ramadhan berikutnya dia BERDOSA wajib qadha' dan fidyah.
Kalau sakit bertahun-tahun dia hanya perlu qadha' tak perlu fidyah.
Sekiranya dia mati dan tak sempat qadha', jadi dia tak berdosa dan tak perlu minta orang lain qadha'kan kerana dia tidak melalaikannya (qadha' puasanya).
Sekiranya dia mati dalam keadaan dia mampu qadha' sebelum tu, maka wali dia DISUNATKAN qadha'kan har-hari yang ditinggal oleh si mati.
Dari Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda "Barangsiapa yang mati dan dia masih ada puasa yang tidak diqadha', maka walinyalah yang berpuasa bagi pihaknya" - (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sekiranya tiada seorang pun nak ganti puasa dia, wajib keluarkan satu cupak makanan dari harta pusaka dia. Kalau harta pun tiada, orang lain boleh keluarkan bagi pihaknya dan terlepaslah dosanya.
Abu Dawud telah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: "Apabila seseorang itu sakit pada bulan Ramadhan, kemudian dia meninggal dunia dan dia tidak berpuasa, hendaklah diberi makan bagi pihaknya"
2. Orang yang terlalu tua dan pesakit yang tiada harapan untuk sembuh
Wajib bersedekah satu cupak makanan asasi bagi setiap hari yang ditinggalkan
Firman Allah bermaksud: "Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah (dengan) memberi makan orang-orang miskin". - Al Baqarah, ayat 184
Orang sakit tiada harapan sembuh dan orang tua yang tak mampu puasa hukumnya sama.
3. Perempuan hamil (kalau ada jantan kata dia hamil, ketuk kepala dia!) dan menyusukan anak.
Wujud mudharat kalau berpuasa, samada pada diri sendiri atau kandungan atau anak yang disusukan maka boleh berbuka dan qadha' sebelum datang Ramadhan akan datang dan secupak makanan asasi bagi setiap hari yang ditinggalkan.
Dari Anas bin Al Ka'bi r.a, daripada Rasulullah s.a.w sabdanya yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah s.w.t telah mengangkat puasa orang yang musafir (boleh berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (boleh diqasarkan solatnya) dan diangkat puasa daripada perempuan yang hamil dan sedang menyusukan anak". - (Riwayat Titmizi dan Abu Dawud)
Fidyah: Memberi makan kepada orang-orang fakir dengan secupak makanan asasi. Perkara ini bertambah dengan bertambahnya tahun. Secupak = 600 gram.
ADUN Lunas, Mohamad Radzhi Salleh yang juga Eksko Pelancongan Negeri Kedah keluar PKR. Siapa lagi yang nak keluar ni? Dah menang, dah jadi eksko lompat pula. Dua parti komponen Pakatan Rakyat PKR dan DAP nampak gagal dalam mendidik ahli-ahli mereka terutama mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat. Semua bukan berpunca dari UMNO tapi dari diri sendiri yang tidak peka terhadap pemilihan calon.
Sebelum pilihanraya tak nampak, bila tiba pilihanraya baru muncul minta kerusi. Isu ini bukan baharu lagi. Ia dah lama jadi cakap-cakap belakang. Terutama PKR di Johor, orangnya tiada, akar umbi pun tiada. Ia muncul saat-saat pilihanraya timbul. Bila dah menang, dah jadi eksko, melompat pula.
Aku sarankan PAS kaji semula tahaluf siyasi dengan diorang nih. Tahaluf siyasi yang dilaksanakan semestinya memberi kesan baik kepada kerajaan yang terbentuk dan Islam itu sendiri. Kepentingan-kepentingan Islam tidak terabai, dan mereka lebih dapat memahami perjalanan pemerintahan Islam itu sendiri. Kalau satu demi satu aksi melompat ini terus berlaku, nak buat apa bertahaluf lagi? Orang Islam tak akan masuk lubang 2 kali.
Aku sarankan PKR dan DAP kena buat "ijtimak syahri" (pertemuan bulanan) dengan ADUN-ADUN diorang. Tanya masalah yang timbul. Kadang-kadang ia lahir dari masalah peribadi. Kalau aku nak sebut pasal istiqamah, thabat, ithar haram diorang tak faham. Baik buat apa yang biasa sahaja.
PRU akan menjelang lagi. PRU akan datang Pakatan Rakyat perlu solid dalam hal-hal ini. Bina syahsiah ADUN dan ahli masing-masing. Jangan timbul masalah di belakang hari. Kerana seorang kita kena pening seluruh negara. Aku yang duduk kat Mesir ni pun duk pening sama.
Aku tak faham ugut yang bagaimana sehinggakan dia kene lompat. Dan aku rasa tak nak faham pun dengan ugutan-ugutan tersebut. Sebab kalau dia kene ugut dengan UMNO sepatutnya mengadu dengan pihak kita, bukan dengan pihak UMNO. Ini terbalik. Dan lebih ganaz lagi buat laporan polis suruh polis buat kerja cari sapa yang suka ugut-ugut ADUN ni.
Pokok pangkalnya, kalau nak lompat tu, lompat juga. Ugut-ugut tu cerita belakang, macam biasa. Kalau diri itu bermasalah lebih baik letak jawatan. Bukan isytihar bebas. Bila buat macam tu lebih senang orang nak ketuk kepala kau. Kalau letak jawatan secara terhormat, orang lebih hormatkan kau, walaupun kena susah-susah sikit nak pilihanraya semula.
Tiada yang boleh aku buat melainkan berdoa. Semoga Allah memberi kemudahan dan keselamatan dalam segala urusan pembedahan yang bakal dijalankan kepada salah seorang anak saudara aku Najwa Mohd Yusof. Esok pagi tepat pada pukul 8.30 pagi waktu Malaysia dia akan menjalani pembedahan di tekak. Ketumbuhan yang hampir menutup ruang pernafasan. Ini yang diberitahu oleh mak dia lah (kakak aku).
Doa dan solat hajat aku pohonkan kepada Allah semoga semuanya berjalan dengan baik dan selamat. Memandang esok juga merupakan awal Ramadhan di Malaysia, insyaAllah dengan kebaikan dan keberkatan yang diberikan Allah kepada bulan ini, semuanya akan selamat.
Buat abang ipar Mohd Yusof dan kakak Norizah. Semoga kalian diberikan kesabaran dari apa yang berlaku. Ini semua ujian dari Allah kepada setiap hambanya. Semuanya kita serah pada Allah, baik dan buruk itu semua datang dari Allah yang menentukannya. Kita hanya mampu berdoa dan melakukan usaha yang terbaik dan mengharap bantuan dari Allah.
Firman Allah: Maksudnya: 1. Alif, Laam, Miim. 2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Ujian yang diberikan Allah ini, banyak sudutnya. Kadang-kadang diuji dengan nyawa, diri, harta, saudara mara atau selain dari itu. Selama mana kita anggap ujian ini sebagai wasilah kita mendekatkan diri kepada Allah, selama itu tiada sia-sia ujian yang ditimpa ke atas kita.
Adakalanya ujian datang dalam bentuk kita suka dan sayang, adakalanya juga ia didatangkan dalam bentuk kita benci dan susah. Apa yang Allah swt nak lihat ialah bagaimana kita menghadapainya. Bagaimana kita sabar dan berharap kepadaNya. Bagaimana kita meletakkan iman lebih tinggi nilainya dari yang lain yang juga milik Allah swt.
Bagi aku, ujian dalam bentuk kita suka dan sayang merupakan ujian yang berat. Ujian inilah yang kadang-kadang terus membawa kita dengan arus kelalaian dan alpa untuk kita syukuri dan akhirnya terbenam dengan api kekufuran.
Gambar: Nur Najwa yang bakal menjalani pembedahan tekak esok, 8.30 pagi waktu Malaysia.
Bagi Najwa, adakah dia sudah mengerti tentang kesabaran? Kesusahan? Keperitan yang membawa kita hampir kepada Allah? Kanak-kanak sekecil itu mungkin masih belum tahu nilai-nilai tersebut. Allah jadikan dia sebagai "bahan ujian" bagi kedua ibu bapanya yang semestinya tahu nilai-nilai tadi.
Semoga ujian pertama di bulan Ramadhan ini sangat-sangat memberi kesan kepada iman kita. InsyaAllah.
Sedar tak sedar, bulan Ramadhan tiba lagi. Tahun lepas aku menyambutnya bersama keluarga di Malaysia dan kali ini merupakan kali keempat aku berpuasa di Mesir. Setelah diri disibukkan dengan pelbagai program di Mesir ini, tiba masanya untuk merehatkan sebentar di bulan mulia ini.
Solat Tarawih yang paling aku rindu di Mesir ini. Awal Ramadhan hinggalah akhirnya masjidnya sentiasa dipenuhi jemaah. Bak kata orang lama "raya di Mesir ialah bulan Ramadhan". Tarawih pun bermakna berehat. Merehatkan diri dari dunia dan bersenang-senang dengan hadiah ibadah seribu bulan.
Menjelang malam Ramadhan teringatkan emak dan keluarga di tanah air. Ramadhan lepas di Malaysia pun tidak berapa meriah, mengenangkan emak yang masih bekerja. Aku pula kerja sementara di kedai buku Badan Cemerlang. Masing-masing jarang berbuka bersama. Aku kerap berbuka di Plaza Angsana. Emak pula kerap di hospital bersama rakan-rakan. Doa-doa tahun depan dapat berbuka bersama semula!
Buat Elliyeen Amineen yang baru pulang ke Malaysia. Bulan Ramadhan bulan rezeki buatmu. Kirim salam orang BBU ye. Baru aku terfikir, kenapa Elliyeen balik mengejut, teringat nama dia masih tertera sebagai imam tarawih di Masjid Jamik BBU, mungkin salah satu sebab dia pulang bagi memenuhi permintaan masyarakat di sana. Maklumlah bulan puasa juga merupakan bulan rezeki bagi pelajar-pelajar hafiz Quran. Tidak berseri rasanya jika solat tarawih tidak diimamkan oleh para huffaz, paling tidak dalam sebulan ber-tarawih, dapat dengar 30 juzuk al Quran.
Madrasah Ramadhan sekian kalinya kembali. Bagi orang yang merasai dan menghayati madrasah ini, ianya merupakan sebuah nikmat yang sukar dicari ganti. Namun ada juga yang merasakan bulan puasa ini merupakan azab dan dan seksa sepertimana syaitan yang juga dibelenggu!
Pilihanraya Permatang Pasir bakal berlangsung di bulan Ramadhan juga. Pertembungan musuh tradisi PAS dan UMNO mengingatkan aku dengan peristiwa Badr Al Kubro. Tentera Mukmin yang hanya 313 berjaya menewaskan tentera musyrik seramai 1000 orang. Tidak mustahil PRK Permatang Pasir ini, menjadi medan tarbiyah bagi ahli-ahli gerakan Islam ini.
Kempen sudah, menang pun sudah. Bagi yang belum menang, korang mungkin ada lapangan lain untuk berbakti dan tidak semestinya sebagai orang yang berjawatan. Bagi yang menang, tanggungjawab wajib dilaksanakan. Susunlah strategi bagi melakukan yang terbaik, walaupun mungkin korang bukan dari kalangan yang terbaik.
Khusus buat seorang sahabat Mohd Zaki yang mencuba nasib bertanding sebagai Yang DiPertua BKPJM kali ini. Kau sudah memberitahu niat kau kepada aku, kenapa kau mahu bertanding. Mempelajari dan memperbaiki diri dari sudut aspek-aspek tertentu. Mungkin Allah tidak beri peluang kau menang di medan ini. Tetapi mungkin peluang kau menang bertanding di Malaysia di lapangan Pilihanraya Umum akan datang! Bertanding bawah naungan "bendera bulan".
Mungkin bakti kau di sini bukan diperlukan sebagai pimpinan. Tetapi bakti kau diperlukan di sudut lain. Pimpinan di sini tidak bermakna menjadi pimpinan juga di masa akan datang. Bahkan orang yang mendidik aku jadi pimpinan pun tak meneruskan agenda pimpinan bila pulang ke Malaysia. Di kala pejuang Islam lain memerlukan buah fikiran, fikrah dan idea mereka sedang enak duduk di kerusi empuk tanpa memikirkan apa yang pernah mereka lafazkan di sini dahulu.
Teringat ketika mendengar ceramah Akhil Hayy sewaktu awal kemunculan sebagai ustaz. "Maza taro? Tergedik-tergedik" lagu yang menjadi sindiran kepada artis wanita bernama Waheeda. Tetapi lain pula sekarang bila berhadapan dengan Waheeda.
Kota apa yang dikata amat penting! Itu menjadi inspirasi bagi pimpinan Islam! ianya boleh menjadi alat pembenci jika tidak berlaku! Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Hj Nik Mat tidak pernah menjadi pimpinan di Mesir, dan siapa tahu sekarang beliau sebagai Mursyidul Am dan Menteri Besar Kelantan?
BKPJM mungkin bukan peluang kamu wahai sahabat-sahabat yang belum menang. Mohd Faiz, Efizi dan Kamal Ariff! Tetapi aku yakin kalau kamu semua benar-benar faham tentang perjuangan Islam. Nescaya kamu mendapat tempat di kalangan orang-orang beriman di Malaysia nanti. Berjuanglah bawah wadah Parti Islam Se Malaysia! Nescaya cita-cita murni kamu untuk berbakti sebagai pimpinan Islam akan tertunai!!! InsyaAllah
Kesedaran mashasiswa Johor di Mesir tentang kepimpinan nampaknya agak terserlah pada kali ini. Ini kerana kerusi Yang DiPertua Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Di Mesir dipertandingkan kali ini. Kempen kedua-dua calon nampaknya semakin rancak. Samada calon sendiri yang berkempen atau orang lain yang memberi sokongan nampaknya menghangatkan lagi suasana sihat ini dalam kepimpinan BKPJM.
Sejak sekian lama tiada sebarang pemilihan yang berlaku terutama kerusi YDP. Tahun ini telah membuka lembaran baru kepada mahasiswa Johor yang agak lesu dalam isu-isu kepimpinan. Bukanlah aku melihat jika tiada pertandingan dalam merebut jawatan YDP atau AJKT merupakan suatu yang negatif tetapi apabila ada pertandingan dan pemilihan menunjukan bahawa masyarakat mahasiswa mula sedar akan gesaan ini. Gesaan supaya mahasiswa Johor khususnya dari Mesir ini terkehadapan dalam isu kepimpinan dan kebajikan. Belumba-lumba mahu memberi sumbangan.
Namun perlu dilihat hal ini bukanlah suatu perkara yang main-main. Ini merupakan perkara yang serius. Mereka yang bakal dipimpin bukanlah dari kelompok kanak-kanak ataupun pelajar sekolah. Mereka adalah mahasiswa. Mahasiswa ini dalam kelompok mereka yang berjiwa muda, mereka yang mula terdedah dengan suatu kepimpinan, mereka juga orang yang sering menilai dan membuat kajian. Otak yang sering berjalan. Otak yang bukan beku.
Jalankan tanggungjawab esok! Esok 18 Ogos 2009 merupakan hari pemilihan dan Mesyuarat Agong Tahunan BKPJM kali ke 27. Jalankan tanggungjawab kita sebagai ahli BKPJM! dan pilihlah pimpinan yang anda rasakan boleh membawa perubahan yang baik kepada mahasiswa Johor sekarang yang kelihatan lesu dari perlbagai aspek.
Ini adalah kali pertama aku menjadi pengundi. Pada Pilihanraya Umum di Malaysia yang lepas, aku tidak sempat untuk balik mengundi, walaupun sudah lama mendaftarkan diri sebagai pemilih. Tetapi aku akan lakukan tanggungjawab ini di sini, di Mesir sebagai pemilih bagi pimpinan BKPJM akan datang!
Calon-calon yang bertanding semuanya nampak berkaliber dan antaranya banyak pengalaman dalam kepimpinan dan pengurusan mahasiswa. Aku dapat merasakan jumlah undi yang mereka dapat tidak jauh beza, mungkin tidak keterlaluan jika saya mengatakan calon-calon YDP masing-masing ada kelebihan.
Namun aku ada calon-calon favourite terutama dari kalangan AJKT. Muhammad Yazid Hanzir adalah calon utama aku! beliau merupakan pelajar perubatan! Johor sudah mengorak langkah! Satu pembaharuan! Aku sokong pembaharuan ini! Sekurang-kurang jurang antara pelajar-pelajar perubatan dan pengajian Islam dapat didekatkan!
Malaysia masih lagi jakun untuk menghadapi suara rakyat. Demonstrasi aman masih lagi dicemari oleh provokasi dari Polis. Khalid Nordin otaknya masih duduk dalam tempurung. Member aku budak Al Azhar yang balik cuti, nampaknya cuti sakan, langsung tak teruja nak pegi demo. Bekas-bekas student azhar yang tak pergi pun sama, beli kitab banyak, baca kitab pandai, tapi nak laksana hampeh.
Datanglah pakcik-pakcik yang dah tua, tak dapat pegi haji tahun ni, pegi demo pun jadilah. Budak-buadak azhar yang dah pegi haji muda-muda, dah gi umrah, dah buat demonstrasi depan Kaabah lagi, masih kecut! Tahniah buat kakak-kakak yang pergi demo sambil dukung anak. Kakak-kakak tak pandai cakap, tapi pandai buat. Ustaz ustazah azhar pandai cakap kak. Jangan salahkan mereka, mereka baru nak mulakan kerjaya, rezeki kak! Dah stabil karang barulah boleh demo-demo ni!
Pimpinan PAS kata wajib ahli pergi! Sengeh la korang. Akhirnya deklarasi tak sampai. Yang dapat water cannon, gas pemedih mata. Dua benda ni kalau dapat masukan dalam silibus tamrin PAS kan bagus. Paling tidak dapat rasa sebelum kena yang betul. Hehe. Paling tidak ustaz ustazah azhar yang balik kena juga walaupun depa tak pergi demo. Mana orang yang faham dan terlebih faham?
Ada abang tu kena pukul dengan cota. Mungkin dia tak faham, kenapa aku yang kena, bukan orang yang tarbiyah aku? Orang yang tarbiyah aku kan lebih faham, tapi call dia, dia kata tak sempat, ada kerja lain, mungkin nak pergi terus kem Kamunting lepaskan tahanan kot! Harap-harap begitulah.
Ini belum kes daftar mengundi lagi. Ustaz-ustazah azhar balik ni tak pergi daftar mengundi aku tak tahu nak cakap apa. Pastu bising SAR tak dapat bantuan, akhirnya sedap-sedap duk dalam J Qaf. Ngajar tan-tin-tun, ban-bin-bun, junjumatun.
Sebab tu aku kata cukup setakat dapat mereka yang faham.