"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


24 Ogos 2009

Qadha' dan Fidyah puasa


Tiba bulan puasa ni, ramai yang bertanya berkenaan dengan qadha' dan fidyah. Aku sediakanlah serba sedikit berkenaan hal-hal demikian. Aku rujuk Fiqh Manhaji (Fiqh Mazhab Syafei) jer.
1. Musafir dan Sakit

  • Meninggalkan puasa kerana dua sebab ini wajib qadha' sebelum datang Ramadhan akan datang.
  • Kalau dia lengah-lengah (malas) sehingga masuk Ramadhan berikutnya dia BERDOSA wajib qadha' dan fidyah.
  • Kalau sakit bertahun-tahun dia hanya perlu qadha' tak perlu fidyah.
  • Sekiranya dia mati dan tak sempat qadha', jadi dia tak berdosa dan tak perlu minta orang lain qadha'kan kerana dia tidak melalaikannya (qadha' puasanya).
  • Sekiranya dia mati dalam keadaan dia mampu qadha' sebelum tu, maka wali dia DISUNATKAN qadha'kan har-hari yang ditinggal oleh si mati.
Dari Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda
"Barangsiapa yang mati dan dia masih ada puasa yang tidak diqadha', maka walinyalah yang berpuasa bagi pihaknya" - (Riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Sekiranya tiada seorang pun nak ganti puasa dia, wajib keluarkan satu cupak makanan dari harta pusaka dia. Kalau harta pun tiada, orang lain boleh keluarkan bagi pihaknya dan terlepaslah dosanya.
Abu Dawud telah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya:
"Apabila seseorang itu sakit pada bulan Ramadhan, kemudian dia meninggal dunia dan dia tidak berpuasa, hendaklah diberi makan bagi pihaknya"

2. Orang yang terlalu tua dan pesakit yang tiada harapan untuk sembuh
  • Wajib bersedekah satu cupak makanan asasi bagi setiap hari yang ditinggalkan
Firman Allah bermaksud:
"Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah (dengan) memberi makan orang-orang miskin".
- Al Baqarah, ayat 184
  • Orang sakit tiada harapan sembuh dan orang tua yang tak mampu puasa hukumnya sama.
3. Perempuan hamil (kalau ada jantan kata dia hamil, ketuk kepala dia!) dan menyusukan anak.
  • Wujud mudharat kalau berpuasa, samada pada diri sendiri atau kandungan atau anak yang disusukan maka boleh berbuka dan qadha' sebelum datang Ramadhan akan datang dan secupak makanan asasi bagi setiap hari yang ditinggalkan.
Dari Anas bin Al Ka'bi r.a, daripada Rasulullah s.a.w sabdanya yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah s.w.t telah mengangkat puasa orang yang musafir (boleh berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (boleh diqasarkan solatnya) dan diangkat puasa daripada perempuan yang hamil dan sedang menyusukan anak".
- (Riwayat Titmizi dan Abu Dawud)
Fidyah: Memberi makan kepada orang-orang fakir dengan secupak makanan asasi. Perkara ini bertambah dengan bertambahnya tahun. Secupak = 600 gram.

Wali: Kaum kerabat

2 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum WBT. Informasi yang baik untuk rujukan. Syukron jazilan..

    Semoga Ramadhan ini yang terbaik untuk kita. Ramadhan yang sama dengan natijah yang berbeza. Selamat menyambut bulan Ramadhan buat Ustaz Akhmal sekeluarga juga sahabat-sahabat di bumi Kinanah~

    BalasPadam
  2. @ izzahnm

    Alaikumsalam. Afwan.

    Ramadhan Kareem buat Cikgu dan keluarga serta sahabat2 juga di Malaysia.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai