"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


21 Ogos 2009

Ujian pertama Ramadhan

Tiada yang boleh aku buat melainkan berdoa. Semoga Allah memberi kemudahan dan keselamatan dalam segala urusan pembedahan yang bakal dijalankan kepada salah seorang anak saudara aku Najwa Mohd Yusof. Esok pagi tepat pada pukul 8.30 pagi waktu Malaysia dia akan menjalani pembedahan di tekak. Ketumbuhan yang hampir menutup ruang pernafasan. Ini yang diberitahu oleh mak dia lah (kakak aku).

Doa dan solat hajat aku pohonkan kepada Allah semoga semuanya berjalan dengan baik dan selamat. Memandang esok juga merupakan awal Ramadhan di Malaysia, insyaAllah dengan kebaikan dan keberkatan yang diberikan Allah kepada bulan ini, semuanya akan selamat.

Buat abang ipar Mohd Yusof dan kakak Norizah. Semoga kalian diberikan kesabaran dari apa yang berlaku. Ini semua ujian dari Allah kepada setiap hambanya. Semuanya kita serah pada Allah, baik dan buruk itu semua datang dari Allah yang menentukannya. Kita hanya mampu berdoa dan melakukan usaha yang terbaik dan mengharap bantuan dari Allah.

Firman Allah:
Maksudnya:
1. Alif, Laam, Miim. 2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Ujian yang diberikan Allah ini, banyak sudutnya. Kadang-kadang diuji dengan nyawa, diri, harta, saudara mara atau selain dari itu. Selama mana kita anggap ujian ini sebagai wasilah kita mendekatkan diri kepada Allah, selama itu tiada sia-sia ujian yang ditimpa ke atas kita.

Adakalanya ujian datang dalam bentuk kita suka dan sayang, adakalanya juga ia didatangkan dalam bentuk kita benci dan susah. Apa yang Allah swt nak lihat ialah bagaimana kita menghadapainya. Bagaimana kita sabar dan berharap kepadaNya. Bagaimana kita meletakkan iman lebih tinggi nilainya dari yang lain yang juga milik Allah swt.

Bagi aku, ujian dalam bentuk kita suka dan sayang merupakan ujian yang berat. Ujian inilah yang kadang-kadang terus membawa kita dengan arus kelalaian dan alpa untuk kita syukuri dan akhirnya terbenam dengan api kekufuran.

Gambar: Nur Najwa yang bakal menjalani pembedahan tekak esok, 8.30 pagi waktu Malaysia.
Bagi Najwa, adakah dia sudah mengerti tentang kesabaran? Kesusahan? Keperitan yang membawa kita hampir kepada Allah? Kanak-kanak sekecil itu mungkin masih belum tahu nilai-nilai tersebut. Allah jadikan dia sebagai "bahan ujian" bagi kedua ibu bapanya yang semestinya tahu nilai-nilai tadi.

Semoga ujian pertama di bulan Ramadhan ini sangat-sangat memberi kesan kepada iman kita. InsyaAllah.

2 ulasan:

  1. Doa untuk adik Nur Najwa... "syafakillah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman"~

    BalasPadam
  2. @Aisya Humaira, Amin ya rabbal a'lamin

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai