"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


24 Oktober 2009

BKAN buat EGM tarik pendaftaran!

Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir pernah mengadakan Mesyuarat Agong Tergempar (EGM) sebelum ini khusus bagi membuat keputusan samada berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia atau sebaliknya. Keputusan tersebut menunjukan ahli mahu berdaftar dengan JPMK. Di sini Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang masih belum berdaftar dengan JPMK ialah Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir (KPKM).

Sejak aku melangkah ke bumi Mesir ini, perkara berdaftar dengan JPMK selalu sahaja bermain dimulut-mulut mahasiswa dan pegawai-pegawai JPMK di sini. Tapi aku pun tak tahu apa sebenarnya kelebihan berdaftar dan apakah kekurangan sebelum berdaftar. Agaknya sebelum masuk kurun ini, BKAN-BKAN di sini merupakan pertubuhan haram di mata JPMK.

Kanapa timbul isu pendaftaran? Bagi aku BKAN yang sedia ada merupakan naungan PMRAM yang tersedia berdaftar di bawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir. Sepatutnya tak timbul kenapa perlu berdaftar dengan JPMK. JPMK sepatutnya hanya menjalankan tugas yang sepatutnya mereka dihantar ke sini. Termaktub dalam misi dan visinya sahaja tidak lebih dari itu. Firasat aku, JPMK mahu menekan PMRAM apabila BKAN-BKAN dibawah naungannya berdaftar di bawah JPMK.

Aku perhatikan, tiada yang membuatkan pelajar-pelajar Kelantan terhalang dari membuat urusan di JPMK mahupun kedutaan. Samada membuat terjemahan surat-surat pengesahan, terjemahan sijil-sijil, pengesahan surat menyurat, pembelian rumah negeri, hatta menyertai konvokesyen anjuran JPMK pun tiada halangan. Bahkan KPKM antara yang ramai ahlinya di bumi Mesir ini. Pengerusi pelajar di Asrama Rumah Melayu pun diketuai oleh pelajar Kelantan. Lainlah oleh kerana KPKM ini tidak berdaftar dengan JPMK, semua urusan-urusan tersebut tergendala, ataupun menjadi susah. Jadi apa yang menjadi kelebihan berdaftar dengan JPMK.

Baik, kita lihat sudut lain. Sebelum ini pihak pimpinan BKPJM memohon surat pengesahan pendaftaran dari JPMK bagi memudahkan urusan membuat akaun di Malaysia. Tapi malangnya, pihak yang bertanggungjawab tidak boleh menyediakannya, bahkan dikatakan tak tahu ke mana perginya surat tersebut. Begitu juga dengan penggunakan dewan di ARMA. Penggunaan dewan tersebut dikatakan juga perlu disewa, membuatkan BKAN perlu mengeluarkan inisiatif di kantung sendiri. Sepatutnya urusan tersebut JPMK boleh diselesaikan bersama kerajaan negeri masing-masing. Samada sudut penyelenggaraan, kepenggunaan dan sebagainya. Ibu bapa pelajar di sini pun membayar cukai di Malaysia untuk kerajaan gunakan sebaik mungkin. Bukannya buat mahligai perdana menteri.

Kalau lihat di sini, tiada apa perbezaan antara BKPJM dan KPKM, malah KPKM nampaknya lebih beruntung. Dari segi ini apa makna pendaftaran sebenarnya di sisi JPMK? Mungkin pihak pengarah atau TYT boleh jelaskan hal ini?

Melihat kronologi yang berlaku antara PMRAM dan JPMK, PMRAM dirasakan banyak memberi kerjasama dengan JPMK dan pihak KBMK sepanjang wujudnya PMRAM. Bahkan PMRAMlah yang memohon agar kerajaan Malaysia mewujudkan kedutaannya di sini. Namun sekaranang wajah tersebut berubah. Kerjasama-kerjasama yang diberikan oleh PMRAM dipandang sepi oleh JPMK. Program bersama perdana menteri, sambutan kemerdekaan yang diwakili Muhamad Taib yang tiada jawatan dalam kerajaan pusat pun, kes-kes kebajikan pelajar dan sebagainya, yang kadang-kadang pada sesetengah kes pihak JPMK sendiri terpaksa meminta bantuan dari PMRAM.

Tapi banyak sekali permainan tikam belakang ini dilalui PMRAM dengan jerit perihnya. Apatah kes yang terbaru berkenaan dengan program Kutub Sittah! Maka tak sepatutnya PMRAM hanya menadah begitu sahaja dan menahan sakit ditikam! Maka proksi-proksinya dari BKAN dan DPM perlu bangkit dalam hal ini. Kita perlu menunjukan mahasiswa tidak boleh diperkotak-katikkan! Atau dipermainkan sebegitu!

Dengan ini aku sebagai ahli BKPJM, wajar mengadakan EGM untuk menarik balik pendaftaran dengan JPMK!

21 Oktober 2009

Semoga mabrur


Alhamdulillah. Tiada lain yang mampu ku ucapkan, setelah mendapat berita ibuku diterima menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Setelah sekian lama membanting tulang memerah keringat mengumpul wang untuk ke sana, akhirnya termakbul juga doa. Sebelum itu ada kedengaran juga yang hujjaj yang agak berumur sekitar 60 tahun ke atas ditangguhkan atas sebab penularan wabak H1N1. Tapi ini semua kerja Allah, atas iradah Allah menjemput para tetamuNya bertandang.

Tiada kata lain dari aku. Hanya sisipan doa buat ibuku agar dipermudahkan segala urusan, diberikan kesihatan dan kekuatan sepanjang menunaikan ibadah tersebut. Sampai aku pun terlupa nak pesan doa. Ibuku bertolak pada 22 Oktober 2009 jam 7.30 pagi waktu Malaysia. Yang penting ibuku selamat sampai dan selamat pergi. Amin

Kepada para hujjaj lain juga, semoga kalian dianugerahkan haji yang mabrur. Diberikan hidayah yang mahal harganya. Menjadi tetamu Allah dan pulang sebagai orang yang sangat faham dengan falsafah hajinya. Amat malang apabila jamrah yang dilontar, kaabah yang ditawaf, dan lain-lainnya hanya sekadar menjadi senaman ringan yang langsung tidak memberi kesan terhadap jiwa.

Bagi para pejuang agama Allah, jika kamu juga menjadi tetamu Allah kali ini. Maka diharapkan semakin kuat perjuangan kamu apabila pulang semula!

18 Oktober 2009

UMNO nak berubah? Nak ubah apa?

Ramai juga yang tak yakin dengan komitmen Najib nak membawa perubahan kepada UMNO. Aku di antara orang yang tak yakin juga. Bahkan Muhyiddin Yassin telah menggarapkan 4 rukun perubahan UMNO, sama macam ada dalam gerakan Islam macam Pas. Apatah lagi ada perwakilan yang cadang untuk wujudkan Dewan Ulama UMNO, katanya nak hargai ulama-ulama yang ada dalam UMNO. Itu antara bentuk-bentuk ke arah perubahan dalam UMNO.


Aku tak ikuti sangat perjalanan perhimpunan agong UMNO ni. Cuma belek-belek mana yang patut dalam akhbar-akhbar online. Secara peribadi aku mengharapkan UMNO berubah. Walaupun aku tak yakin dengan perubahan yang hendak dilakukan. Pada aku syarat untuk UMNO benar-benar nak berubah ialah dasar. Kalau UMNO benar-benar nak berubah lah. Tapi dari apa yang aku lihat dalam pilihanraya kecil di Bagan Pinang lepas, susah nak kata UMNO boleh berubah. Bahkan kemenangan Isa Samad sebagai satu tanda-tanda akhir UMNO akan bungkus.

Sepanjang perhimpunan agong tu, kalau kita lihat Utusan Malaysia dan Berita Harian mesti ada perkataan berubah atau ubah atau perubahan. Aku akan menantikan perubahan-perubahan tersebut. Bahkan mungkin aku gembira kalau UMNO betul-betul nak berubah. Tapi sayang sekali, tiada usul yang dibawa untuk gubal dasar UMNO. Dasar yang sepatutnya membawa perubahan. Ya, mungkin ada beberapa orang perwakilan yang melihat dari jauh yang mahukan UMNO benar-benar berubah. Tapi mereka tidak kekuatan untuk membawa hal tersebut. Kebanyakan mereka terbelit-belit.

Oleh kerana UMNO ni bukanlah gerakan Islam, bahkan gerakan nasionalis melayu. Yang kadang-kadang melayunya pun entah ke mana. Aku tidak mempunyai sebarang nasihat mahupun cadangan yang boleh membawa kepada perubahan UMNO. Apatah lagi aku orang yang di luar UMNO, cuma duduk bawah kerajaan yang diperintah UMNO.

Aku masih mengharap UMNO boleh berubah. Tak berubah pun bertukar! heh.

16 Oktober 2009

PhD: Penyakit Hasad Dengki

Singapura semasa PAP menang selepas merdeka. UMNO tak buat apa-apa, cuma dia serah bulat-bulat pada Lee Kuan Yew, bebaskan Singapura dari Malaysia. PBS semasa memerintah Sabah, pun tiada apa-apa yang dilakukan. Tapi apabila PAS berjaya memerintah Terengganu dan Kelantan, macam-macam berlaku. Sekatan demi sekatan. Halangan demi halangan. Rompakan demi rompakan. Apa yang PAS buat? Runtuhkan masjid semasa UMNO memerintah kah? Runtuhkan bangunan-bangunan yang dibina semasa UMNO memerintah kah? Rombak semula jalanraya nak guna tanah merah semula kah?

Rupanya-rupanya penyakit UMNO ni sampai ke bumi Mesir ni. Dalam masa Kelab UMNO yang hidup segan mati tak mahu ni. Pihak yang sepatutnya menjaga kebajikan dan memudahkan urusan pelajar iaitu Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah pula yang menjadi dalang.

Kata Saudara Mohd. Azrul bin Ismail selaku Timbalan Pengarah 1 bagi program tersebut, beliau mendapat makluman daripada pihak pengurus dewan ACC (Azhar Conference Centre) tentang satu faks yang dihantar oleh pihak JPMK kepada wakil Al-Azhar As-Syarif meminta supaya Majlis Pembacaan Kutub Sittah ini dibatalkan. Antara alasan yang diberikan adalah kerana PMRAM melaksanakan program tersebut tanpa merujuk terlebih dahulu kepada pihak JPMK. Lebih mendukacitakan lagi apabila surat faks tersebut ditandatangani oleh Prof. Dr. Jamil bin Hasyim sendiri. Gambar adalah Pengarah JPMK, Dr Jamil.

Penyakit UMNO ni sampai melarat ke sini. Semakin tinggi belajar ingat semakin cerdik dan open minded. Malu lah sikit dengan pelajar-pelajar yang baru sampai ni. Kalau nak buat dajjal pun tunggu la lama lagi. Ni last-last minit, kesian kat AJK persiapan duk terkontang kanting cari tempat. Tak takutkah dengan pembalasan Allah kelak? Kalau kelima-lima ulama yang dijemput tu tahu perkara ni, malu besar.

Tapi penyakit UMNO yang ni penangkis malu. Apa yang mereka tahu tentang malu?
Kata Ustaz Hairul Nizam "Badan Pengurus PMRAM lihat surat itu. Laterhead JPMK. Tandatangan oleh saudara Jamil. Saudara Jamil sebut PMRAM buat konvo dan PMRAM agen pembangkang."
Rupa-rupanya ini sebabnya. Pembangkang belum memerintah memanglah digelar pembangkang. Nanti kalau dapat memerintah, pemerintah sekarang jadi pembangkang. Itu pun susah? Apa punya kolot pemikiran pemegang PhD ni. Katalah PMRAM ni agen pembangkang, mungkin kerana ada anggota badan pengurusnya begitu. Maka sepatutnya mereka yang menyokong UMNO ni sertai pilihanraya dan cuba menguasai jawatan presiden. Paling tidak pun jawatan badan pengurus.

PMRAM ni wujud sebelum PAS atau UMNO wujud lagi. Macamana plak dikatakan PMRAM ni agen pembangkang? Buat Faizal Sabhon, pihak Amnu (bukan UMNO) Daulah sendiri tahu terperinci masalah PMRAM dengan kerajaan sekarang. Tapi mereka anggap ni masalah negara Malaysia, bukan Mesir.

PMRAM dah tak buat konvo pun dikatanya PMRAM buat konvo. Sakit hati sangat kenapa entah? Kalau dek kerana 80 orang peserta tahun akhir yang sertai Kutub Sittah ni berbanding 300 peserta Konvokesyen JPMK apalah sangat boleh dikatakan konvo? Apa punya pelik lah.

Baik, balik malaysia mengajar kata mana-mana universiti. Datang sini menyusahkan orang!

14 Oktober 2009

Zahiriah juga penting

Daripada situ, emosi Siti dicurahkan untuk memberikan hasil yang terbaik agar ia mampu meninggalkan impak yang besar kepada peminat mahupun pencinta muzik amnya.

"Jujurnya, merakamkan album Tahajjud Cinta memberikan kepuasan yang berbeza berbanding dengan album-album sebelum ini.

"Kepuasan itu dapat diukur dari sudut batiniah apabila menyampaikan lagu-lagu seperti Asma Ul Husna dan Selawat yang memberikan ketenangan yang cukup indah dan mendamaikan.

"Bukan itu sahaja, lagu-lagu sebegini juga mampu membawa kita merenung diri sambil memikirkan betapa besarnya kuasa Allah SWT dan mengenang betapa kerdilnya hidup kita ini.

"Inilah yang saya mahukan dan sampaikan kepada masyarakat dan peminat menerusi album ini kerana pada saya, tidak salah jika kita berkongsi bakat yang diberikan ke arah yang betul dan benar.

"Setidak-tidaknya, selepas ini saya tidak mempunyai masalah untuk menyanyikan lagu-lagu berunsur keagamaan jika dijemput ke majlis yang mengkehendaki saya menyanyi ritma ini," ulas Siti panjang lebar saat tentang album Tahajjud Cinta yang mula berada di pasaran sejak 9 September lalu.

Selanjutnya klik sini.

"Don't judge a book by it's cover". Mungkin hujah ini mudah terpancul dari mulut orang. Perkara yang baik sememangnya mengundang pujian. Namun kali ini aku nak betulkan persepsi apa yang dinamakan dengan perbuatan baik.

Al Ma'ruf adalah perkara-perkara yang baik yang banyak tercatat dalam Al Quran dan Sunnah. bahkan ianya boleh dilihat dari perspektif yang luas yang bukan hanya pada ibadah khusus seperti solat, zakat atau haji. Ianya berbentuk amalan atau perbuatan yang cenderung kepada ketaatan kepada Allah.

Bagaimanapun wajar diingatkan. Tidak sekali-sekali Allah s.w.t memberi kata tunggal kepada Al Ma'ruf ini. Bahkan ia berpasangan dengan Al Munkar. Ada perbuatan ma'ruf (baik) tapi ada juga perbuatan munkar (buruk, maksiat). Munkar ini ialah setiap amalan atau perbuatan yang cenderung kepada maksiat dan ingkar kepada Allah. Ianya banyak dan mungkin jelas dan tidak. Syirik juga ada yang khafi (tersembunyi) dan jali (jelas). Kita tak perasan yang kadang-kadang kata-kata kita membawa kepada syirik. Nau'zubillah.

Baik, berbalik kepada apa yang dikatakan oleh Siti Nurhaliza memang tiada salahnya. Bahkan dakwah perlu diterokai dari segenap pelusuk cadangnya. Hatta ianya bukan hak pada orang yang digelar ulama sahaja, ianya tugas setiap orang yang bergelar muslim. Tapi, dakwah atau dalam erti kata lain Al Amru bil Ma'ruf dan Nahyu A'nil Munkar (menyuruh manusia berbuat baik dan melarang mereka berbuat perkara buruk dan maksiat) mempunyai langkah dan uslub (cara) yang ditentukan.

Firman Allah bermaksud:

"Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk." Surah An Nahl ayat 125

Wasilah pertama ialah hikmat kebijaksanaan yang dikurniakan kepada kita. Ianya mestilah dari kata-kata yang benar dan jelas dengan kebenaran itu sendiri dan menghilangkan kebatilan. (Tafsir Al Wasit, Dr Muhammad Sayyid Tantawi, 8/262)

Perlu kita sedar membawa kebenaran ini ialah amanah. Sepertimana yang disebut oleh Siti Nurhaliza. Jadi, kita wajar memberi seratus peratus perhatian dan komitmen yang tidak berbelah bahagi. Bahkan wajib yakin dengan jalan yang kita bawa dan syariat yang kita dokong. Dengan ini setiap kebatilan yang kita mahu memerangi akan ditenggelamkan. Lafaz bagaimana yang boleh mengatakan kita mendekatkan diri kepada Allah jika kita sendiri seperti tidak yakin dengan kebenaran yang kita dokong?

Wasilah kedua pula "Nasihat kepada pengajaran yang baik". Iaitu kata-kata yang syumul dengan nasihat dan pengajaran yang boleh melembutkan hati dan jiwa, dan ianya sangat bermanfaat kepada mereka yang didakwah dengan apa-apa yang benar kepada mereka. Juga mendorong kepada taat kepada Allah dan membawa mereka jauh untuk bermaksiat kepada Allah. (Tafsir Al Wasit, Dr Muhammad Sayyid Tantawi, 8/262)

Nah, jika ini yang kita mahu. Tidak dapat tidak wasilah yang kita gunakan betul-betul murni dan bersih dari mana-mana unsur yang merosakan jiwa. Ianya uslub yang terbaik sepatutnya yang wajar kita fahami. Bukan setakat hanya cenderung kepada kebaikan tetapi menafikan kebenaran yang lain. Ini merupakan wasilah yang salah dan jauh dari nusrah (pertolongan) Allah. Kita tahu syaitan dan kerosakan itu musuh kita, tetapi kita sering menerima setiap "nasihat" darinya dan melakukan keburukan. Lebih buruk menonjolkan satu fahaman songsang yang akan membawa kerosakan fikrah kepada masyarakat.

Bagi aku, Siti wajar terlebih dahulu mendapatkan nasihat dan pandangan dari mana-mana para ulama sebelum melakukan sesuatu. Kerana tidak dinafikan dia adalah ikon yang menjadi tarikan utama masyarakat. Ia lebih baik dan jelas yang sepatutnya Siti lakukan kerana dari apa yang diucapkan bahawa ianya amanah. Amanah ini tanggungjawab berat yang bakal dipersoalkan oleh Allah.

13 Oktober 2009

JPMK Wahabi?

1.
"Mal, JPMK minta nak batalkan program Kutub Sittah" Zinki bagitahu.

"Yeke?" soal aku.

"Aku dapat mesej dari BP (Badan Pengurus PMRAM)" jelas Zinki.

"Apahal plak JPMK ni? Bertembung dengan Konvo ke?" tanya aku.

2.
(JPMK nak batalkan Kutub Sittah! Kita balas dengan Qunut Nazilah!) ni ayat dalam status Daniel, junior aku masa kat Kelantan. Boleh tahan gak budak exco ni!

3.
Aku cari-cari mana-mana kenyataan rasmi dari JPMK. Tak dapat-dapat. Tapi ada yang dah tengok tandatangan dari Pengarah JPMK sendiri. Aku bukak laman web PMRAM.

Makluman Majlis Pembacaan Kutub Sittah

Sahlah! Berita yang aku dengar. Sebab si Adlan ni setiausaha agung PMRAM. Aku buka pula blog Nazrul intai-intai. Lagi best.

Hilang Duka Bersama Para Ulama

Bersama BP macho Amal jumpa para ulama, khusus tentang majlis ni. Juga ada kisah mengapa sudah sekian lama Al Azhar tidak melaksanakan majlis pembacaan seperti ini.

4.
Macam-macam plak hal si JPMK ni. Apa kes plak la diorang nak batalkan program macam ni. Masalahnya program ni tiada kena-mengena dengan JPMK. Nak kata JPMK yang uruskan taklah plak.

Nak kata Dr Jamil salah seorang Ulama yang dijemput pun tidak. Jadi apa kes sebenarnya JPMK nak batalkan majlis mulia ini? JPMK Wahabi kot! hahaha

5.
Berbulu biji mata JPMK rasanya, nampak PMRAM selalu dan dekat bersama ulama. PMRAM nampaknya selalu terkehadapan dalam menjana pemikiran mahasiswa dalam menuntut ilmu. Majlis Pembacaan Kutub Sittah ini dengarnya akan diadakan setiap tahun sehinggalah habis Sunan Sittah ni. Bagi pelajar-pelajar baru. Peluang ini jangan dilepaskan!

12 Oktober 2009

Al Kisah Sebelum Ceramah Anjuran SUARA

1.
Semalam aku pergi ceramah di Dataran Kompleks Melayu Hayyul Asyir, Keharah. Ceramah anjuran Gerakan Suara Rakyat (SUARA). Penceramahnya ialah Ustaz Fauzan Madzlan dan YB Ustaz Taib Azamuddin, Ahli Parlimen Baling yang juga ahli jawatankuasa Pas pusat.

2.
Sebelum tu aku gi Rumah Terengganu, cari sepupu Emon. Tapi yang jumpa blogger Faizal Sabhon.

"eh, Akhmal.. sehat eh. Ko sekarang.. hentam aku dalam blog ee" dia menyapa.

Salam dulu. "Aku jawab jer secara ilmiah" aku jawab.

"Ha gaduh-gaduh aku orang tengah" gurau emon.

"Kita mana ada gaduh-gaduh, dalam blog jer. Luar kita kawan" lenggok Faizal.

3.
Ceramah dah nak start, sepupu Emon tak muncul-muncul lagi. Muncul Faizul.

"Jul, beli burger. Aku belanja. Belilah 3"

Faizul gerak, aku hulur LE10 jer kat dia.

"Wei, ko suruh senior beli burger. Amende la ko ni.." Emon celah. Aku baru perasan haha.. Teruk seh aku.

4.
Amin Saleh muncul. "Hah tu kot" kata Emon. Dia blah tinggal aku ngan Faizul.

"Ceh, Jul.. apalah dia bual ngan sepupu dia jer. Bawak ler sini kenalkan"

"Wei, sinilah!" aku panggil. Emon kata aku icon PMRAM. Semua orang kenal aku dia kata. Sebab sepanjang aku duk kat depan Rumah Terengganu dengan dia masa tunggu sepupu dia tu, ramai yang menyapa. Setiap kali orang menyapa dan tegur aku Emon ketawa sinis.

"Muka kau ada kat iklan-iklan PMRAM kat logo dia" hahaha

5.
Faizal Sabhon lagi.

"Dengar ko kena pindah dari Rumah Pahang. Dah dapat rumah?" tanya aku baik jer haha.

"Ha'ah, dah dapat dah tapi gila babi mahal. LE900" jawab dia.

"Baik ko duduk kat muqattam. Rumah beso, harga lebih kurang. Student Indon ramai" jelas aku.

"Kahwin jer Jal.. duk Alex, murah LE250 ada, LE300 ada" sampuk Emon.

"Haa, aku doakan ko dapat Muslimat Pas, biar dia kasi pusing kepala ko tuh hahah" kata aku.

"Ha'ah, dia pulak dapat Puteri UMNO" Emon coverline kasi lawak sikit. Kami ketawa hahaha.

6.
Jumpa Din kawan lama kat KIAS. Rasanya dah setahun lebih tak jumpa. Din bertapa kat Damanhur. Alhamdulillah tasfiah dia lepas. Dia nak balik bulan 12 nanti.

7.
Ceramah start dah. Burger pun dah siap. Emon nak balik. Kebetulan ada budak baru nak marhaban kat umah aku ngan Faizul. Tapi aku tahu Emon bukan line dia dengar ceramah-ceramah Pas ni huhu.

8.
Aku ngan Faizul lepak kat belakang-belakang jer sambil makan burger. Sebab time ni Ustaz Fauzan Madzlan exco Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor. Dia ceramah goreng-goreng jer bak kata Ustaz Hairul Nizam. Standard pemuda bak kata Ustaz Taib hahaha.

9.
Ustaz kata...

"PMRAM ini wujud sebelum kedutaan Malaysia wujud"

"Saya sedih bila melawat ke ARMA pejabat PMRAM dah tiada. Tuan rumah dihalau dari rumahnya"

"Dulu kami ada juga persatuan anak negeri. Tapi kami jadikan PMRAM itu induk!"

Kesimpulannya.

Ustaz Taib suruh dak-dak ni bersungguh dan jangan asingkan ilmu dan iman.
Duduk dalam jemaah, dan jemaah pilihan ialah PMRAM.
Aku tak sokong penubuhan SUARA di Mesir ni. Sebab tu aku derma LE1 jer hehe.

p/s: Takziah buat sahabat Al Hidayat dan sahabat-sahabat dari Zaqaziq yang mengalami kemalangan ketika menunju ke Kaherah sebab nak dengar ceramah.

07 Oktober 2009

Amacam HEWI PMRAM? Nak buat demo tak?


Kita tinggalkan sekejap isu ISMA ke, Nadi UMNO atau lain-lain yang nampak menyemak. Aku balik ke rumah sekejap, sebab dah 2 hari di asrama pelajar Johor Mesir. Aku baca 2 berita.

Satu laporan dari Utusan Malaysia. Satu lagi laporan dari Akhbar Al Liwaa Al Islami. Aku search juga mana tau akhbar ni ada versi internet. Tapi tiada pula. Maksudnya lebih kurang sama. Kalau korang tak faham bahasa arab boleh guna Google Language Tools. Aku malas nak taip arab. Lambat hehe. Tapi kira dah rajin la tolong scan-kan keratan akhbar dari Mesir ni. Gambar ihsan dari blog ini.

Sebelum ini aku ada tulis juga berkenaan dengan muslimah berniqab di sini.



01 Oktober 2009

Hang pikiaq sendiri!

ISMA mengimani bahawa politik merupakan sebahagian daripada Islam, di mana menegakkan kerajaan dan pemerintahan Islam adalah satu kefardhuan. Fardhu-fardhu Islam tidak dapat ditegakkan sepenuhnya tanpa kuasa pemerintahan.

ISMA tidak memisahkan politik dengan dakwah, tetapi dakwah mempunyai marhalah dan setiap marhalah ada wasilah yang munasabah untuknya. Secara umumnya, tiga peringkat dakwah yang perlu dilalui ialah peringkat individu, jamaah/masyarakat dan kerajaan.

ISMA membezakan antara menegakkan politik Islam yang memerlukan sokongan masyarakat yang faham dan yakin dengan hukum Islam dengan politiking sekular yang saling menjatuhkan antara satu sama lain dengan apa cara sekali pun.

Pada pandangan ISMA, masyarakat masa kini masih belum bersedia untuk menerima pemerintahan Islam. Kita boleh sampai kepada kuasa pemerintahan, tetapi kita mungkin tidak dapat melaksanakan Islam seperti yang sepatutnya.

Pada perhitungan ISMA, dalam konteks percaturan politik Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, mazhab politik dan ketamakan, maqasid syarak menuntut kita memastikan bahawa kuasa mesti sentiasa berada di tangan orang Islam sama ada adil atau fasiq, dan mesti memastikan komposisi Muslim di dalam Parlimen sentiasa dominan.

Oleh itu sifir ISMA berbeza, ISMA tidak melihat kemenangan Islam dengan semata-mata PAS mengalahkan UMNO, dengan apa suasana sekali pun. Kemenangan Pakatan Rakyat tidak semestinya membawa kita kepada pemerintahan Islam.

Untuk menegakkan Islam memerlukan kekuatan, yang mana kekuatan yang paling utama ialah perpaduan Islam. Justeru itu bagi kami perpaduan umat Islam/Melayu adalah pra-syarat ke arah itu. Usah harap kita dapat tegakkan negara Islam kalau kita lemah dan berpecah-belah.

Oleh itu harus difahami bahawa ISMA tidak sekali-kali menolak politik atau memisahkan dakwah dengan politik, tetapi ISMA memikirkan pelaksanaannya dari luar kotak pemikiran orang kebanyakan.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman
Presiden
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Korang fikirlah sendiri! Terutama yang warna biru tu. Jelas lagi bersuluh, ISMA tidak mengiktiraf PAS sebagai gerakan Islam. Apatah lagi mahu melihat PAS memerintah di Malaysia. Sejak sebelum merdeka hingga kini, mata rantai perjuangan Islam dengan ditelusuri dengan wadah PAS melalui wasilah siasah (hanya salah satu wasilah yang digunakan PAS) membutakan mata seorang Presiden Jemaah Islam.

Dakwah PAS bermula dari kelahiran tunas Islam itu sendiri (PASTI), sekolah-sekolah agama, perkaderan di peringkat universiti, pejabat-pejabat kerajaan negeri (terutama negeri-negeri yang berjaya atau pernah diperintah PAS) dan pusat (mereka-mereka yang yang menjadi mata dan telinga PAS). Dakwah Non-Muslim yang semakin diterima mereka sejak akhir-akhir ini.

Belum masuk mereka yang diburu dan dibunuh oleh pihak pemerintah sendiri seperti yang berlaku di Memali yang sehingga kini masih menjadi tandatanya.

Ianya terus berlaku di Mesir ini. PMRAM yang selama ini menaungi pelajar-pelajar Melayu di sini akhirnya terpecah dengan pelbagai fahaman dan fikrah yang memburukkan keaadaan. ISMA yang ditubuhkan pada tahun 2008 ternyata mendapat mandat penuh oleh pihak kedutaan Malaysia di Mesir. Setelah apa yang berlaku oleh Kelab UMNO yang hidup segan mati tak mahu, akhirnya ISMA nampak diperalatkan oleh mereka yang mengambil kesempatan dari "niat suci" ISMA untuk "mengislah" masyarakat siswa di Mesir ini.

Tidak kurang juga yang "memperalatkan" pegawai-pegawai kebajikan anak negeri yang dilihat natural dan membelakangkan persatuan rasmi anak negeri. Kita boleh membaca uslub ini. Menebalkan muka menyertai program anak negeri yang aku pun tak pernah melihat wajah-wajah tersebut. Kalau sekali pun, mesti aku ingat wajah mereka kalau tak ingat pun nama-nama mereka. Kebetulan mahu menggunakan dewan rumah negeri, maka program persatuan anak negeri menjadi medan mereka untuk membuat tinjauan ringkas. Kalau aku di kalangan mereka, sememangnya aku juga wajar menggunakan segala uslub tersebut.

Tetapi apa yang tidak kena dengan persatuan anak negeri dan PMRAM oleh mereka? Itu persoalannya!!!

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai