"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


30 Mei 2008

Bijak Dari Orang Lain

Entahlah, apa yang hendak diperkatakan sejak membaca keratan akhbar MStar Online yang menyebut Seragam Sekolah Sekarang Tidak Perlu Ditukar. Saya kesal dalam masa pertubuhan-pertubuhan dan gerakan Islam menyokong saranan PKPIM untuk menukar warna pakaian sekolah perempuan dari warna putih kepada warna lain, atau jika mengekalkan warna tersebut diwajibkan berbaju dalam (Singlet) dan bertudung labuh. Wanita JIM yang secara tiba-tiba mengatakan:

Ketua Wanita Pusat JIM, Dr Harlina Halizah Siraj berkata, tidak ada sebab pelajar perlu memakai baju kurung berwarna seperti yang disyorkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

"Baju kurung seragam berwarna putih telah sekian lama dipakai tanpa menimbulkan sebarang masalah.


"Masalah sosial dan gejala seksual yang semakin meruncing di kalangan pelajar sebenarnya berpunca dari krisis nilai, hakisan pegangan agama dan moral yang sedang hebat melanda masyarakat kini,"

Saranan PKPIM tersebut dinilai oleh wanita JIM sebagai tidak perlu. Walaupun saranan wanita JIM yang lain seperti disebut di atas adalah benar dan bijak. Bagaimanapun apa yang disaran tadi diketahui umum, masalah yang berlaku kepada masyarakat dewasa ini. Adakah wanita JIM merasakan tindakan PKPIM berkenaan pakaian sekolah tadi tidak melihat masalah-masalah yang diutarakan oleh Wanita JIM? Nilailah dahulu dengan terperici apa yang diketengahkan oleh PKPIM. Ianya bukan pandangan sembrono, dan semestinya telah membuat kajian dan dimesyuaratkan!

Kesatuan Fikrah yang tidak terlihat oleh Wanita JIM dengan gerakan Islam lainnya menunjukkan ketidakmatangan mereka mengatasi kemelut yang melanda negara sekarang. Tidak terfikirkah Wanita JIM Sister In Islam melonjak riang dengan kenyataan mereka? Sebelum ini PKPIM diserang hebat oleh Sister In Islam, Wanita JIM pula menambah contengan arang di muka PKPIM.

Merasakan pandangan orang lain sebagai biasa dan bukanlah masalah besar menunjukkan Wanita JIM seakan sombong. Sepatutnya menyokong, dan menambah cadangan. Tapi dikondem pandangan orang dan kononnya pandangan mereka sahaja yang betul. Benar, orang-orang JIM terdiri dari cendiakawan, teknokrat, ahli akademik yang hebat-hebat. Mana ada nelayan, tukang kebun, petani dalam JIM. Jadi tak kesah dan ditongsampahkan sahaja pendapat orang lain.

Motto baru bagi Jamaah Islah Malaysia saya berikan "Bijak Dari Orang Lain".

Juga boleh layari TVPas.com

28 Mei 2008

Tarik Rambut Dalam Tepung!

Tarik Rambut Dalam Tepung!


Tindakan kerajaan Negeri Selangor pada 26 Mei lalu, ketika menggulung perbahasan pada sidang Dun, di Shah Alam, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dato' Dr Hasan Mohamed Ali, mengumumkan kerajaan negeri Selangor tidak mengizinkan sebarang bentuk program berkonsepkan Islam Hadhari, memandangkan Islam yang selama ini sudah cukup sempurna rasanya kurang t
epat.

Pengumuman seperti ini tidak perlu dilakukan, apa yang perlu dilakukan ialah lakukan apa yang perlu dilakukan. Banyak lagi kerja-kerja besar yang belum dilakukan. Tetapi disibukkan dengan Islam Hadhari, yang mana Pak Lah dan UMNO sekarang pun entah ke mana diletaknya Islam Hadhari.

Masyarakat umum mengetahui bahawa Islam Hadhari ialah gagasan dari kerajaan pusat yang ditadbir oleh UMNO dan Barisan Nasional. Sejak dari mula digagaskan bertempek habis seluruh Malaysia. Hakikatnya apa yang berlaku tiada sebarang perubahan dari gagasan tersebut. UMNO tetap dengan dasar kebangsaannya, Malaysia tetapi dengan perlembagaan Lord Reidnya. Wanita UMNO yang "togel" tetap tiada perubahan. Rakyat memerhati semua ini. Di kalangan bukan Islam pula juga tiada merasakan perubahan, bahkan semakin berani mempersoal tentang hak agama Islam.

Yang pentingnya kita jalankan, dasar yang kita pegang sekarang. Pedulikan Islam Hadhari dari setiap program di Negeri Selangor, kembangkan dan fahamkan rakyat dengan Islam sebenar, tanpa perlu dipukul canang seluruh kampung "kami haramkan Islam Hadhari", takut-takut nanti termakan diri. Kelantan pun tak pukul canang haramkan Islam Hadhari, yang dipukul canang "Islam Hakiki". Mungkin Exco-exco PAS di Selangor kena lihat awlawiyatnya. Kamu bukan sahaja exco, tetapi pendakwah dikalangan anggota-anggota exco dan rakyat seluruhnya.

Saya tertunggu-tunggu pengumuman Kilang Carlberg di Shah Alam itu di arah tutup, disko dan kelab malam juga begitu. Pusat-pusat perjudian juga diambil tindakan serupa. Tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan. Selain dari masalah babi yang menjadi perkara pertama kerajaan negeri selangor.

Apabila diajukan masalah ini, dikatakan masalah kita berbilang kaum dan agama. Kenapa alasan ini sering keluar? Adakah kerajaan Kelantan dan Terengganu juga tidak berbilang kaum dan agama? Walaupun mejoritinya orang melayu/Islam. Baik, jika alasan ini diberikan, adakah tiada cara yang terbaik? Benarkah selain agama Islam membenarkan arak, seks bebas, berjudi dan hiburan melampau seperti di disko? Pernahkah dibuat perjumpaan diantara ketua-ketua agama lain di negeri Selangor seperti yang dibuat oleh Kerajaan Kelantan dahulu? Bilakah mahu dilakukan? Jika tidak pandai nak buat, bilakah nak bertanya? Pulau Pinang dan Perak dah membuat lawatan ke Negeri Kelantan, Selangor pula bila?

Sebenarnya yang menjadi persoalannya bukan agama-agama lain. Tetapi pengaruh sekular yang meresap ke dalam jiwa-jiwa manusia zaman sekarang. Walaupun mendakwa mereka beragama. Yang Islam mengaku dia Islam, yang kristian mengaku dia kristian, tetapi hakikatnya sekular. Memisahkan agama dalam hidup dan hanya pada perkara-perkara tertentu sahaja yang tidak bertentangan dengan nafsu mereka. Siapa yang tidak suka sambutan Hari Raya? Tetapi bila puasa ramai yang buat-buat lupa!

Jangan dilupa dengan kuasa dan janji Allah, apabila kita menolong agama Allah. Hakikatnya memang ada yang bising bila kita melaksanakan apa yang Allah suruh, orang munafik dan orang kafir sememangnya bising. Tetapi kesan dari itu lebih utama lagi, dan janji Allah lebih berkuasa dari kuasa benci orang munafik dan orang kafir.

Tuan guru Nik Abdul Aziz juga pernah diberi sekalung bunga terima kasih, dan puji-pujian dari suri-suri rumah bukan Islam di Kelantan, kerana suami-suami mereka sudah tidak berjudi dan bermabuk-mabuk. Rumahtangga menjadi tenang. Masyarakat bukan Islam mengakui kesan baik yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan.

Apa yang penting ialah konsisten dan Istiqamah dengan apa yang diperjuangkan bukan hanya diluahkan dimulut tetapi tindakan. Kerajaan juga perlu memikirkan alternatif-alternatif lain kepada tokey-tokey judi, arak dan lain-lain perniagaan maksiat kepada perniagaan-perniagaan yang boleh memberi kesan baik kepada peniaga juga orang ramai. Peluang yang ada ini jangan disia-siakan, gunakan penggal ini dengan sebaiknya, kerana penggal akan datang belum tahu.

Ezam dan kuncu-kuncunya

Sah! Ezam Mohd Noor kembali ke pangkuan UMNO! Banyak sumber terutama dari KLpos, Utusan Malaysia, Mstar Online telah mengesahkan berita tersebut berserta gambar.

Saya kecewa, dan sedih walaupun tidak terlalu terkejut. Sedih kerana ezam tidak berjaya dilembutkan untuk menyertai Pas setelah keluar dari PKR dahulu. Sedih kerana sebab yang diberikan untuk kembali kepada UMNO. Sebabnya ialah;

“Kenapa saya berubah? Saya tidak berubah, saya menyokong dasar, bukan parti atau individu, dasar UMNO kini berubah, jadi saya kembali menyokong UMNO dan sudah tentulah menyokong kepimpinan yang berani mengubah dasar tersebut”

Dasar UMNO berubah? Apa yang berubah? dari kebangsaan kepada Islam? Tiada apa-apa pengumuman pun oleh Perdana Menteri? Sejak pilihanraya umum dahulu, hanya pencegahan rasuah dan kehakiman sahaja yang ada perubahan. Tapi itu bukan bermakna kerajaan berubah dasar. Itu hanya struktur-struktur tertentu sahaja yang "diperbaiki" setelah impak dari pilihanraya lalu. Ternyata Pak Lah mencari formula besar untuk memperbaiki kepercayaan rakyat kepada UMNO dan BN. Adakah itu pun Ezam tidak nampak?

Isu agama Islam masih tiada perubahan, pendidikan Islam di semua peringkat masih berada ditakuk lama. Bahkan menjadi lebih parah terutama selepas kerajaan membatalkan MoU dengan Al Azhar. Boleh dikatakan Islam masih bertapak di negara ini dek kerana sesetengah pejuang Islam dan komitmen dan merasa penting dengan wajibnya Islam itu di Malaysia sebagai The Way Of Life.

Mereka-mereka yang sedar sahaja yang seiring membawa Islam bersama. Lihat sahaja sekolah-sekolah agama rakyat, siapa yang memperjuangkannya? Orang-orang UMNO? Siapa yang menarik bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat? Orang-orang UMNO!

Kalau Ezam hanya melihat perubahan yang dilakukan oleh kerajaan sekarang sebagi perubahan dasar, maka Ezam silap! Ternyata silap! Perubahan tidak akan berlaku jika kerajaan tidak kembali kepada Islam secara syumul.

Ingatlah janji Allah di akhirat nanti! Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji!

25 Mei 2008

Pandai, Rajin, Malas & Bodoh

Orang yang pandai itu natijah dari perangai atau kelakukan rajin. Orang yang bodoh itu natijah dari perangai atau kelakuan yang malas.

Orang pandai tidak selalunya rajin, orang bodoh pula tidak selalunya malas. Orang malas tidak selalunya bodoh, orang pandai pula tidak semestinya rajin.

Semua orang setuju, nak pandai kena rajin. Kalau malas bodohlah kita. Tapi tiada siapa mahu mencari jawapan bagaimana nak rajin untuk tidak menjadi malas. Samada dia akan pandai atau kekal bodoh itu perkara nombor dua. Bukan pertama!

Semua tak mahu jadi bodoh! Bahkan mahu jadi pandai! Tetapi semua tidak boleh rajin dan semua tidak boleh malas.

Adakah anda setuju "yang pandai selalunya rajin, manakala yang malas itu selalunya bodoh!"?

Malas merupakan "penyakit" tetapi bodoh bukanlah penyakit. Pandai merupakan "anugerah" tetapi rajin bukanlah "anugerah".

Saya "suka" berkawan dengan orang yang rajin tapi bodoh dari pandai tapi malas!

23 Mei 2008

Berantai

Blog Politik


"Blog kau blog politik, asyik ulas isu politik sahaja, cubalah ulas isu-isu lain juga". Salah satu ungkapan yang sering juga saya dengar dari kenalan-kenalan saya. Namun bagi saya blog yang saya persembahkan ini saya tak anggap langsung ianya blog politik. Tiada ciri-ciri tertentu yang boleh menyifatkan blog saya ini blog politik. Ini pandangan saya selaku empunya blog ini.

Namun saya tidak nafikan saya berminat mengulas isu-isu yang cenderung kepada lapangan siasah. Adapun bagi saya, peduli apa saya, biarkan sahaja pelawat atau komentar tentang kurang gemarnya mereka tentang persembahan di blog saya. Kerana blog ini antaranya adalah tempat luahan dan komentar saya tentang hal-hal tertentu termasuk isu politik. Kerana bagi saya selaku seorang muslim tidak perlu ada penghalang untuk saya mengulas isu-isu tertentu, dan saya tidak perlu takut atau bimbang ke arah mana saya cenderung. Kerana apa yang saya kata tidak lebih dari seorang blogger lebih-lebih lagi seorang lelaki yang berakal yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Saya seorang hamba Allah, saya juga ummat Muhammad, saya juga anak kepada kedua ibubapa, saya juga seorang pelajar sebuah universiti, saya juga seorang rakyat Malaysia, saya juga itu, ini dan lain-lain. Oleh kerana ini saya tidak perlu berpendirian aku tidak wajar begitu atau mesti begini, selagi mana tidak melanggar batas-batas syarak yang jelas. Namun saya tetap mengalu-alukan komentar atau sebarang teguran membina serta pendapat yang berbeza.

Kepala Paip

Sudah beberapa minggu kepala paip sinki bilik air dan dapur rumah sewa saya dan sahabat-sahabat masih belum dibetulkan. Sejak kerosakan di sinki bilik air seterusnya berjangkit ke sinki dapur membuatkan masing-masing sedikit tertekan, lebih-lebih lagi di musim-musim imtihan ini.

Banyak faktor-faktor yang membuatkan kerja-kerja membetul ini lambat siap. Pertama perbezaan pendapat di kalangan ahli rumah bagaimana hendak membetulkannya. Keduanya masing-masing tidak mengetahui "benda" dalam kepala paip tu dalam bahasa arab, membuatkan kami malas nak membelinya. Ketiga, selalu terlupa nak singgah kedai peralatan paip bila pulang dari Rumah Johor atau dari mana-mana tempat, juga selalu mengamalkan sikap bertangguh. Melayu, memang suka bertangguh.

Tuan Rumah


Apabila bertemu dengan hari Jumaat, kami sering saling memberitahu atau memperingatkan tentang kehadiran tuan rumah kami. Namun sehingga jumaat ini, masing belum kelihatan sebarang kelibat tuan rumah. Tujuannya tidak lain mahu mengutip sewa bulanan yang dah tertangguh beberapa bulan.

Hal-hal sangat menguji saya dan kawan-kawan serumah, kerana terpaksa membataskan pergerakkan untuk ke mana-mana. Terpaksa duduk di rumah sahaja menunggu. Lebih-lebih lagi di waktu-waktu dekat dengan cuti penggal ini, masing-masing sibuk memikirkan banyak perkara.

Tak Tidur Malam

Sejak musim sejuk melabuhkan tirainya. Secara automatik saya merasa sukar untuk tidur malam. Kalau baring tutup mata sahaja tetapi tidak lena hingga ke pagi. Fenomena ini membuatkan waktu tidur berganti selepas subuh.

Cuaca yang agak sejuk diwaktu pagi menambah lagi keasyikan lena diwaktu pagi. Berlanjutan hingga waktu zohor. Hidup ku bermula selepas zohor. Rasa tidak seronok, tapi sering tidak dapat mengelak.


22 Mei 2008

Pengajian Islam Tak Laku Di Malaysia?

Pelik, lagi tak percaya, mahu terbeliak biji mata ni. Lebih-lebih lagi bila terbaca keratan akhbar yang tertera di Harian Metro. Manakan tidak pengakuan itu dibuat oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Dato Idris Harun. Beliau menyatakan:

“Apabila kita mengkaji kehendak dan kemahuan pasaran khususnya (ke atas) graduan yang sudah keluar mendapati antara kursus yang kurang mendapat perhatian ialah mengenai Pengajian Islam selain kursus Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT)"

Pertama yang saya sedih dengan kenyataan ini ialah, taraf Pengajian Islam sama taraf dengan kursus Teknologi Komunikasi Maklumat. Saya tidak kisah bila kalau pengajian ICT ini tidak mendapat sambutan. Mungkin berikutan rakyat Malaysia rata-ratanya sudah maju dalam bidang ini, dan mungkin tanpa memegang ijazah ICT pun boleh pandai dengan belajar sendiri. Tapi jika beliau mengatakan Pengajian Islam ini juga terlibat sama, ini sama sekali saya tidak boleh terima.

Pada pandangan saya, pengajian Islam tidak boleh samakan dengan pengajian-pengajian lain. Keistimewaan pengajian Islam ini telah dinyatakan banyak di dalam hadis Rasulullah SAW. Pengajian Islam jika hendak dilihat dari sudut memenuhi sektor pekerjaan hakikatnya masih belum dapat dipenuhi kehendak ummat Islam. Ummat Islam di Malaysia secara umumnya masih memerlukan kepada insan-insan pengajian Islam ini.

Rata-rata rakyat Malaysia yang beragama Islam di Malaysia masih rapun dengan kefahaman Islam itu sendiri. Lihat sahaja gejala sosial yang melanda muda-mudi Islam, yang hanyut dengan gelombang hedonisme, sukakan hiburan dan hanya mahu enjoy siang malam. Jangan dilupakan peningkatan jenayah terutama jenayah rogol, zina dan sebagainya. Ini berlaku dan meningkat sebelum kerajaan batalkan MoU dengan Al Azhar lagi peningkatan demi peningkatan yang tidak menunjukan kebejatan masalah sosial di Malaysia. Realitinya pengajian Islam jangan dilihat hanya perlu memenuhi sektor pekerjaan semata, ialah perlu dilihat sebagai penyumbang modal insan dalam pembangunan negara.

Setelah 50 tahun merdeka, inilah akhirnya yang berlaku. Sebelum ini bantuan perkapita ditarik oleh kerajaan pusat terhadap sekolah-sekolah agama rakyat, dan masih belum ada ura-ura untuk dikembalikan semula. Kemudian, kes pembatalan MoU ini pula timbul dan ianya melibatkan pengajian Islam. Sudahlah kemana pergi ke mana Islam Hadhari, masalah lain timbul. Bagaimana dengan kedudukan kolej-koleh Islam yang mengadakan MoU ini, sememangnya terancam dengan pembatan MoU ini. Sekaligus, menyusahkan dan kembali memikirkan bagaimana menyelesaikan masalah ini.


19 Mei 2008

Antara Pak Lah, UMNO dan Kita

Sekali lagi, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am PAS memainkan perasan peting kepada umat Islam, terutama yang masih berada bersama UMNO. Masalah dasar masih menjadi topik penting bagi Tuan Guru untuk membetulkan UMNO. Tetapi ini bukan sahaja peringatan bagi ahli-ahli UMNO sahaja, tetapi bagi ahli-ahli serta pendokong gerakan Islam Parti Islam SeMalaysia (Pas).

Bila dilihat secara zahir tujunya kepada UMNO tetapi intipatinya perlu dilihat secara menyeluruh. Jangan selaku ahli Pas hanya memandang sebelah mata apa yang dinyatakan oleh Tuan Guru tersebut. Ianya perlulah difikirkan bersama, tertutama negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat terutama yang ditunjangi PAS dan ada exco-exco Pas.

Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatkan:


Pada saya, bukan masalah mahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan, tetapi masalah Umno itu sendiri yang sejak dahulu sehingga sekarang mengasingkan politik dengan agama.

Apa yang pemimpin Umno hendak jawab di depan Allah Taala di akhirat kelak kerana tidak menggunakan kuasa diberi untuk memartabatkan agama Islam.

Masalah Abdullah yang didesak meletak jawatan adalah soal peribadi. Saya hanya minat bincang masalah dasar Umno itu sendiri, katanya di sini.

Rujuk: Harakah Daily

Konsisten dengan apa yang kita perjuangkan! Jangan bimbang, pertolongan Allah pasti ada. Ini jelas bila kita melihat Kelantan Darul Naim yang sejak 18 tahun memerintah Kelantan berjaya dengan dasar Membangun Bersama Islam. Hal-hal berkenaan dengan akidah pemerintahan negeri berjaya dijalankan dan nampak hasilnya, dan juga berjaya dipertahankan.

Sektor ekonomi, perancangan kerja, undang-undang dan sebagainya menjadikan Islam sebagai sumber rujukan. Sekali gus membuktikan Islam itu memerintah, bukan diperintah.

UMNO perlu melihat kembali rekod 50 tahun lalu. Apakah yang berlaku sekarang? Bagi saya amat gusar sekali, UMNO yang memimpin Malaysia mengalami kepupusan pemimpin. Terutama dalam keadaan dunia sekarang ini, yang menuntut pemimpin Islam yang berani, tidak mudah mengalah dengan desakan barat, mengutamakan agama dari yang lain iaitu pandai serta cerdik menyelia "awlawiyat" (keutamaan) dalam pemerintahan negara.

Kita lihat sahaja, di Palestin. Bagaimana keadaan mereka sekarang? Adakah diwaktu ini jihad ekonomi menjadi awlawiyat di sana? Siumankah kita bila kita menyeru mereka jihad ekonomi?

Sebab itu apa yang diperingatkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz tadi merupakan peringatan kita seluruhnya baik di semua peringkat. Rasanya sudah banyak kali peringatan seperti itu diberikan.

17 Mei 2008

Sheikh Fadhlullah As-Suhaimi: Ulama pengasas PAS

Oleh MOHD FADLI GHANI


Nama Sheikh Muhammad Fadhlullah as-Suhaimi sangat tidak asing di kalangan masyarakat Islam di negara ini, khususnya pada dekat 40-an hingga 60-an. Beliau bukan sahaja pendakwah yang terkemuka, tetapi juga pemimpin gerakan Islam yang amat berjasa di negara ini. Sheikh Fadhlullah Suhaimi merupakan anak kepada Sheikh Muhammad Suhaimi, wali Allah yang dipercayai oleh pengikut Kumpulan Al-Arqam yang akan muncul sebagai Imam Mahdi. Sheikh Fadhlullah Suhaimi dilahirkan pada 1886 di Singapura dalam sebuah keluarga ulama yang berketurunan Ba'lawi Bani Basyaiban yaag berasal dari Hadhralmaut. Keluarganya berpindah dari Tanah Arab ke India pada abad ke-10, kemudian ke Jawa, sebelum ke Singapura. Bapanya mempunyai murid yang ramai di Klang dan Singapura. Selepas mendapat pendidikan asas daripada bapanya, Kiyai Agung Sheikh Muhammad bin Abdullah Suhaimi, beliau telah berangkat ke Makkah untuk mendalami ilmu agama.

Menjelang Perang Dunia Pertama, Sheikh Fadhlullah Suhaimi sudah belajar di Universiti al-Azhar, Mesir. Ketika dí Mesir, beliau menjadi pengarang majalah 'al-Ittihad', sekali gus pengurus kepada Syarikat Ittihidah dan Matba'ah Ittihad. Beliau menyiapkan karya pertamanya, "Pelajaran tauhid" terbitan Matba'ah Ittihad pada 1914. Beliau kemudian kembali ke Singapura dan dilantik sebagai Mudir Madrasah as-Saqqaf pada 1916 sebelum berhijrah ke Jawa kerana membuka sekolah Arab di sana. Selepas kembali ke Singapura beliau menerbitkan kitab-kitab agama dan menerbitkan majalah "Jasa" di Johor Bahru. Beliau juga mengasaskan Kullíyyah al-Attas di Johor Bahru atas dorongan Datuk Syed Hassan Ahmad al-Attas pada 1931. Pada 1937, beliau membuka Kulliyyah al-Firdaus yang mengajar tafsir dan fiqh di Singapura sehingga awal 1942 yang terhenti akibat perang Jepun. Selepas itu, Sheikh Fadhullah mengajar di Kota Bharu, Kelantan beberapa ketika pada zaman Jepun sehinggalah beliau dilantik sebagai mudir Kuliyyah al-Lughah wa ad Din ,Pekan ,Pahang pada 1955.

Beliau juga pernah menjadi Imam di masjid al-Ma’ruf, Singapura selain menjadi Ahli majlis Mesyuarat Jabatan Agama Islam Johor. Pada 1936, beliau mengasakan Madrasah al –Ma’rif al-Islamiyah di Ipoh Road, Singapura yang kemudian diwarisi oleh anaknya, Ustaz Taha Suhaimi. Walaupun terlibat dalam dunia pendidikan di Singapura, Johor Bharu, Jawa , Kelantan dan Pahang, nama beliau mula menonjol dalam perdebatan Kaum Muda-Kaum Tua yang tercetus sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Beliau yang mcndokong fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah bertentangan pendapat dengan Sheikh Hassan Ahmad atau terkenal sebagai Hassan Bandung yang dikatakan mendokong pemikiran Ibn Taimiyah dan Ibn Qayyim.

Melalui majalah "Pembela Islam" dan kitab Soal Jawab, Hassan Bandung melóntarkan pemikiran-pcmikiran baru yang dianggap bertentangan dengan Kaum Tua. Sheikh Fadhlullah kemudian menghasilkan "Buah Kulliyyah al-Attas" untuk menjawab pemikiran Hassan Bandung. Perdebatan berterusan ini membawa kepada cabaran oleh Hassan Bandung untuk berlawan pendapat melalui majalahnya, "Pembela Islam." Persoalan pegangan Ahli Sunnah, amalan bidaah dan fahaman Kaum Muda kemudian dijelaskan secara bijaksana oleh Sheikh Fadhlullah sehingga ia dapat diselesaikan dengan baik.

Walau bagaimanapun, Sheikh Fadhlullah dikatakan pernah berdebat dengah Hassan Bandung pada awal 1950 di Pulau Pinang. Beberapa pengikut Hassan Bandung yang terkenal seperti 'Sheikh' Tahir Jalaluddin, 'Sheikh' Abdullah Maghribi dan 'Sheikh' Ibrahim Aqibi bergiat di Pulau Pinang, kerana itu perdebatan berlaku di sana. Selain itu juga, beliau telah menghasilkan lebih Sebuah karya agama dalam pelbagai bidang seperti fiqh, tafsir, táuhid, sejarah, pemikiran Kaum Muda dan lain-lain, serta mcnterjemahkan kitab "al-Munjid" yang diterbitkan di Jakarta. Beliau juga dikatakan berjaya menghasilkan sebuah tafsir al-Quran. Tumpuan kegiatan dakwah beliau banyak terfokus kepada usaba-usaha membangunkan semula umat Islam seperti zaman kegemilangan dahulu. Beliau turut terlibat dalam gerakan tariqat kerana ayahnya sendiri adalah pengasas Aurad Muhammadiyah yang terkenal itu.

Gelaran yang diberikan oleh muridnya, Pehin Mufti Haji Ismail, 'al-'Allamah al-Murabbi al-khabir wal khatibul Qadir wa daie al-Basyir ila Allah asy –syaikh Muhammad Fadhlullah ibn asy-syaikh muhammad as-Suhaimi menggambarkan keluasan ilmunya. Dalam bidang politik,Sheikh Fadhlullah mula terlibat secara langsung ketika berada di kelantan kerana kebanyakan muridnya terlibat dalam politik. Antara murid yang terkenal di kelantan ialah ustaz wan Sulaiman Ibrahim yang pernah belajar di kuliah al-Attas sebelum menjadi wakil rakyat PAS 1959.

Syeikh Fadhlullah juga beberapa kali mewakili umat lslam di Kelantan dalam persidangan-persidangan politik Melayu di Kuala Lumpur sekitar selepas Perang Dunia Kedua. Di Singapura, beliau juga terlibat dálam beberapa pertubuhan Islam. Ketika gerakan kemerdekaan mulai memuncak, nama Sheikh Fadhlullah mulai terkenal sebagai seorang ulama yang aktif dalam gerakan antípenjajah. Semasa para ulama bersidang di Muar atas anjuran Umno, Sheikh Fadhlullah telah hadir mewakili umat Islam Singapura walaupun beliau bukan ahli Umno.

Dalam Pcrsidangan Alim Ulama Malaya Kedua di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951 yang telah berjaya menubuhkan PAS, Sháikh Fadhlullah memainkan peranan penting ke arah menjayakan usaha menubuhkan parti politik Islam ini. Walaupun tidak memegang apa-apa jawatan dalam PAS ketika itu, nama Sheikh Fadhlullah telah diputuskan oleh persidangan tersebut sebagai salah seorang daripada lima ulama yang akan mengemukakan rayuan kepada Raja-raja Melayu untuk membolehkan sebuah pertubuhan ulama diasaskan, sekali gus menyelaraskan jabatan-jabatan agama di seluruh negara.

Walaupun nama beliau tidak muncul dalam kepemimpinan PAS selepas itu, tetapi beliau merupakan tenaga penting dakm meluaskan pengaruh PAS di Singapura pada awal 1950-an. Faktor kedudukan beliau sebagai Mudir Kulliyyah al-Lughah wa ad-Din di Pahang menghalang kegiatan politik belïau, tetapi anak beliau, Ustaz Taha Suhaimi telah menjadi pemimpin utama PAS Singapura sehingga 1965. Murid-murid beliau juga sama ada di Singapura, Johor, Pahang dan Kelantan kcbanyakannya menjadi pendukung perjuangan PAS di seluruh negara.

Sheikh Fadhlullah Suhaimi yang uzur kerana tua telah meninggal dunia di Singapura pada 16 ogos 1964 dalam usia 78 tahun. Dua anaknya yang terkenal ialah Ustaz Taha Suhaimi, Pesuruhjaya PAS Singapura dan Ustaz Kamil Suhaimi.

Sumber:
Akhbar Harakah, Ruangan FIKRAH 24 RABIULAKHIR - 9 JAMADILAWAL 1429 m - 15 MEI 2008

15 Mei 2008

Anda Blogger Tapi Dah Senyap?

Kawan-kawan blogger yang senyap. Sudah lama rasanya menunggu entry terbaru. Tetapi beberapa kawan-kawan blogger samada dari kalangan lelaki atau perempuan menunjukan tanda-tanda sama. Apa susah jadi? Kadang-kadang makan bertahun lamanya!

Ada beberapa sebab kenapa mereka tidak, telamu lama atau lupa langsung (atau mana-mana yang bersesuaian) meng-update blog. Mungkin sebab pertama yang sering saya terima ialah sibuk, tidak sempat, tiada masa dan sebagainya. Sebab-sebab yang diberikan boleh diterima untuk pertama kali tetapi bila kelamaan tidak rasanya. Bagi saya untuk kawan-kawan blogger senyap, saya tidak boleh terima sebarang alasan mengapa tidak, terlamu lama atau bersawang blog anda! Kecuali alasan yang diberikan koma atau mati. Nampak macam keras, tapi itulah pendapat saya.

Bagi saya manusia yang mempuyai blog peribadi, jika tidak kasar boleh saya kata zalim terhadap pelayar-pelayar internet. Tak kesahlah jenis apa palayar-pelajar internet tersebut, samada pelayar tegar atau pelayar biasa. Tidak boleh kita nafikan, kuasa blog ini adalah antara penyumbang-penyumbang idea alternatif bagi kategori-kategori manusia. Maka anda yang mempunyai blog jangan sesekali mempermainkan perasaan pelayar-pelayar internet terutama 'peminat setia' yang sering mengunjung setiap hari.

Bagi saya kadang-kadang tidaklah perlu kepada entry yang terlalu berat dan panjang. Bagaimanapun terpulanglah kepada si pemilik blog bagaimana mereka menjaga 'peminat' mereka. Kadang-kadang cukup sekadar ucapan ringkas, ulasan ringkas, nasihat ringkas atau apa-apa sahaja yang ringkas yang boleh membuatkan 'peminat' anda tidak terluka, atau berkecil hati atau merasa hampa bila melayari blog anda.

Ada blog-blog yang saya puji mereka. Kuasa mereka tidak terletak pada solekan template yang kadang-kadang mempunyai kuasa tertentu, tetapi cukup dengan istiqamah dengan menghantar entry-entry. Bahkan mereka boleh dikatakan manusia-manusia sibuk, seperti pimpinan masyarakat, guru sekolah, pentadbir dan lain-lain kategori. Tak perlulah saya sertakan sekali alamat-alamat blog mereka. Bukan perlu hari-hari, jika hari-hari lagilah respect! Paling lewat jika saya boleh hadkan ialah seminggu se-entry.

Nah! Terpulang kepada kawan-kawan blogger senyap! Jika tidak terasa hati boleh saya sebutkan kawan-kawan blogger senyap ini ialah di kalangan mereka yang dah balik Malaysia (menjurus kepada kawan-kawan yang tamat pengajian). Apakah visi dan misi anda mempunyai blog?

13 Mei 2008

12 Mei 2008

Darul Quran dinaik taraf kolej universiti, sekolah agama rakyat bagaimana pula?!!!

Satu lagi perkembangan baik yang kita lihat selepas pilihanraya umum ke 12. Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seperti mana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia:

''Pada mulanya, kita naik taraf sebagai kolej universiti yang proses kelulusan, melatih kakitangan dan meningkatkan infrastruktur dijangka mengambil masa tiga tahun.

''Matlamat jangka panjang kita ialah menjadikannya universiti pertama di Asia Tenggara yang berupaya melahirkan penghafaz al- Quran,"

Dalam masa kemelut kerajaan menghadapi krisis makanan, tetapi tidak dilupa institusi-institusi pendidikan yang perlukan perhatian. Ini memandangkan mereka yang berada di sanalah merupakan bakal pimpinan
akan datang dan "gula" dalam masyarakat yang "tawar" mendepani konflik jatidiri.

Dalam masa Darul Quran diberi perhatian, kerajaan sepatutnya tidak lupa kepada sekolah-sekolah agama rakyat. Bantuan perkapita yang ditarik semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammed seharusnya dikembalikan. Jangan marahkan nyamuk kelambu dibakar. Boleh dikatakan ramai di kalangan mereka yang berjaya menyambung pelajaran di universiti-universiti tempatan mahupun luar negara merupakan anak-anak watan yang dahulunya susah senang di sekolah agama rakyat. Juga ramai pemimpin-pemimpin negara mahupun negara merupakan kelahiran dari sekolah agama rakyat.

Sedar tidak sedar banyak institusi-institusi pendidikan tahfiz di negara kita boleh dikatakan berjalan dengan cara tersendiri. Sekolah-sekolah agama yang dibina atas kesedaran rakyat Islam di negara kita jangan dipandang rendah. Malah selama 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, sekolah-sekolah tersebut telah lama diberi bantuan penuh dan mendapat perhatian serius dari kerajaan. Tetapi lain pula jadinya, bantuan perkapita ditarik balik. Banyak sekolah yang gulung tikar, tidak mampu bayar gaji guru, malah ada sebahagian guru-guru yang sanggup tidak menerima gaji, asalkan kebajikan dan pendidikan murid tidak terabai.

Justeru, saya sebagai salah seorang dari lepasan sekolah-sekolah agama rakyat mendesak pihak kerajaan memberi semula bantuan perkapita. Agar sekolah-sekolah agama rakyat terus hidup!


Tanya saya kepada pemimpin melayu dalam kerajaan, siapa yang mengkhianati Melayu?

10 Mei 2008

ISA Menurut Perspektif Islam (Akhir)


8. Penutup

Berdasarkan perbahasan di atas, bolehlah disimpulkan perkara-perkara di bawah:
  1. Para aktivis dan penyokong gerakan reformasi yang berhimpun untuk membantah kezaliman dan penyelewengan kerajaan tidak boleh dikira sebagai pemberontak atau perusuh (al-Bughah) kerana mereka hanya menyuarakan pandangan yang lain daripada pihak kerajaan secara aman.
  2. Menggunakan hadis-hadis yang berkenaan hukum al-Bughah ke atas mereka seperti yang dilakukan oleh agamawan UMNO adalah perbuatan cuba menyelewengkan nas-nas agama untuk kepentingan pemerintah dengan balasan keduniaan.
  3. Penggunaan polis FRU untuk memukul, menendang, memancut air gatal terhadap penyokong reformasi dan penggunaan ISA untuk menceroboh rumah, menggeledah, merampas harta benda, menangkap tanpa waran dan menahan mereka tanpa bicara adalah tidak sah dan bertentangan dengan Islam. Dengan melakukan tindakan sedemikian polis telah memperhambakan diri kepada manusia yang melanggar perintah Allah s.w.t.
  4. Undang-undang draconian seperti ISA, Akta Hasutan dan seumpamanya (yang memelihara kepentingan pemerintah, bukan rakyat) adalah batil dan bercanggah dengan Islam serta haram mempertahankannya. Undang-undang seumpama itu hanya diamalkan ketika pemerintahan beraja berkuku besi zaman sebelum Islam dan juga zaman pertengahan di Eropah.
  5. Menentang ISA (yang merupakan antara peraturan penjajah yang dikekalkan oleh UMNO/BN) adalah kewajipan setiap orang yang mengaku muslim dan setiap orang yang percayakan prinsip keadilan sejagat.
  6. Tidak harus rakyat menolong pemerintah yang zalim untuk menundukkan sekumpulan rakyat yang menentang kezaliman itu kerana itu bermakna tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan, bahkan menurut mazhab Malik, adalah wajib rakyat menolong penentang kerajaan yang zalim. (Syarhu al-Zurqani, 8/60)
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) adalah ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Semoga dengan munculnya gerakan seperti ini, rakyat akan sentiasa ingat kezaliman dan penderaan yang dialami oleh mangsa ISA, seterusnya membangkitkan semangat membenci dan menentang dalam jiwa mereka dan mereka tidak mudah lupa peristiwa lagi.

Inilah sahaja sumbangan kecil untuk membela mangsa ISA selama ini dan juga ahli keluarga mereka yang diibaratkan sebagai ‘seberat-berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul’.

Sekian, wassalam `ala man ittiba`a al-huda.

08 Mei 2008

Sibuk Nak Tangkap Karpal, Siti Fatimah Dibiar Murtad!

Palace Of Justice: Simbol keadilan di Malaysia?

Jaga kuasa lebih penting dari jaga agama seseorang rakyat?

Baru sahaja baca Utusan Malaysia Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Ean Huang, 39 kembali kepada agama beliau sebelum ini dalam ertikata lain "MURTAD". Mahkamah Syariah Pulau Pinang "membenarkan" beliau murtad. Tak pasti atas alasan apa, dalil apa, hujjah mana yang didatangkan hingga membenarkan orang Islam murtad!

Sebelum tu baca berita Pak Lah sibuk dengan Karpal yang dikatakan tidak menhormati institusi raja melayu apabila memberi komentar keputusan Sultan Perak terhadap apa yang berlaku mempunyai kecenderungan menghasut dan menimbulkan kemarahan orang Melayu. Saya tak pastilah orang melayu mana yang nak bangkit? Jika isu murtad merupakan isu paling tegang yang pernah dibangkitkan oleh orang melayu suatu ketika dahulu. Tetapi dipandang biasa sahaja bila hari ini, apatah lagi masalah ketuanan melayu yang sering disebut-sebut oleh sebahagian pihak yang takut kehilangan kuasa.

Adakah UMNO lupa? Dalam PAS dan PKR ada Melayu, bahkan dalam DAP juga ada melayu. Mahu menjaga ketuanan melayu atau mahu menjaga "ketuanan UMNO". Sibuk dengan ketuanan melayu hilang ke mana ketuanan Islam? Ramai yang murtad tak terfikir, sibuk dengan ketuanan melayu. Nak ke mana dibawa ketuanan melayu ni? Padang Mahsyar kelak, tidak ditanya kamu ni bangsa apa? Bangsa Melayukah kamu? haaa.. masuk syurga! Bangsa cina kamu ni? masuk nerakalah!

Rasanya sejak dari dahulu gerakan Islam di Tanah Melayu ni mendesak agar Malaysia menukar dasar pemerintahannya kepada Dasar Islam yang bersumberkan kepada Al Quran dan As Sunnah. Ini kerana tiada kesesatan yang akan timbul dan berlaku jika kita komit dengan dasar Islam yang kita pegang. Mohon hidayat dan petunjuk dari Allah agar terus membimbing kita.

Isnin ini mungkin sidang parlimen semakin hangat dengan isu murtad dan amat yakin Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato Ahmad Zahid Hamidi panas telinga! Wahai pemimpin Malaysia masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya!

ISA Menurut Perspektif Islam (8)

8. Bagaimana Menghadapi Bughah?


Setelah ketiga-tiga rukun asasi ini wujud pada gerakan penentang pemerintah, barulah mereka dikira al-Bughah dan wajiblah pemerintah mencegah perbuatan mereka secara hikmah, bukan terus menahan tanpa bicara, mencedera atau membunuh mereka. Ini berdasarkan ayat 9 Surah al-Hujurat yang tersebut di atas yang pertama sekali memerintahkan supaya diadakan perdamaian. Perdamaian ini boleh dicapai dengan pertemuan, perbincangan, muzakarah dan soal-jawab supaya semua pihak berpuas hati.

Peluang mesti diberikan secara saksama kepada kedua-dua pihak untuk menyatakan pendirian mereka kepada umum, bukan hanya satu pihak (pemerintah) yang boleh menggunakan kemudahan kerajaan (yang merupakan hak semua rakyat yang membayar cukai) seperti siaran tv dan radio, akhbar-akhbar perdana, stadium, dewan-dewan serba guna dan sebagainya. Sekiranya kemudahan itu tidak boleh diberikan juga kepada rakyat pembangkang, batalkan peraturan mengutip cukai ke atas mereka dan jangan menghalang mereka untuk mewujudkan kemudahan siaran suara mereka sendiri dengan sekatan permit.

Sekiranya peluang untuk mereka bersuara secara sah disekat sedangkan itu adalah hak mereka yang wajib ditunaikan pemerintah, maka ada di kalangan mereka yang tidak mampu lagi duduk diam lalu keluar beramai-ramai di jalan raya secara aman tanpa senjata, ketika itu mereka TIDAK dikira sebagai al-Bughah dan pemerintah tidak berhak menghalang mereka untuk bersuara.

Apabila memberikan rakyat bersuara secara sah itu merupakan kewajipan, maka kerajaan yang tidak menunaikan kewajipan itu adalah kerajaan yang fasiq dan zalim. Mentaati pihak yang fasiq dan zalim adalah tidak wajib, bahkan rakyat wajib mencegahnya daripada terus berlaku fasiq dan zalim.


Tentang perkara ini Ibn `Abidin menyebutkan dalam kitabnya al-Durr al-Muhtar yang terkenal dengan nama Hasyiyah Ibn `Abidin (3/430) bahawa “keengganan untuk mentaati pemerintah dalam perkara maksiat bukanlah al-baghyu (pemberontakan), sebaliknya adalah menjadi kewajipan setiap muslim untuk tidak taat dalam maksiat, kerana tiada ketaatan melainkan dalam perkara makruf….” (Dr. `Awdah, ibid, m.s. 675)

Tindakan aktivis reformasi keluar berdemontrasi disebabkan mereka tidak diberi ruang untuk bersuara secara sah seperti pihak kerajaan dan penyokongnya miliki. Apatah lagi apa yang mereka ingin suarakan ialah tentang ketidakadilan pemerintah dalam membuat pendakwaan di mahkamah, rasuah, penyelewengan wang rakyat, penyalahgunaan kuasa, skandal pihak atasan, dan yang terbesar sekali ialah kezaliman yang amat jahat ke atas seorang yang besar jasanya kepada negara dengan membuat tuduhan zina dan liwat tanpa saksi. Jadi mereka adalah pejuang kebenaran, penyeru makruf pencegah mungkar, bukanlah al-Bughah, pemberontak atau penceroboh.

Sebaliknya, berdasarkan Surah al-Hujurat ayat kesembilan itu, dalam konteks pertikaian sekarang, pihak pemerintahlah yang telah memberontak dan menceroboh hak rakyat untuk berhimpun secara aman di bawah jaminan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, perlembagaan negara dan seluruh agama dunia. Jika pemerintah telah melakukan pencerobohan, maka ayat itu menyuruh “…jika salah satu kumpulan telah menceroboh ke atas kumpulan yang lain maka perangilah kumpulan yang menceroboh itu sehingga ia kembali kepada Allah (dengan meninggalkan perbuatan menceroboh)…”. Maka berdasarkan mesej daripada al-Quran ini, wajiblah setiap orang yang mengaku beriman dengan al-Quran menentang kumpulan yang menceroboh (iaitu pemerintah) ke atas kumpulan yang lain (rakyat yang tidak sehaluan dengan pemerintah).


Dalam kitab yang sama Dr. `Awdah berkata lagi, “Antara perkara yang disepakati oleh seluruh mazhab dalam Islam, bahawa tidak harus pemerintah memerangi al-Bughah sebelum diketahui sebab penentangan mereka. Apabila mereka mendakwa tentang kezaliman dan penyelewengan dan mereka benar dalam dakwaan itu, maka menjadi kewajipan pemerintah menghapuskan dulu kezaliman dan penyelewengan itu. Selepas itu barulah pemerintah menyeru mereka supaya kembali taat dan mereka wajib kembali taat (selepas kezaliman dan penyelewengan dihapuskan). Jika mereka enggan, maka pemerintah berhak memerangi mereka…” (ibid, m.s. 679)


Kalau demikianlah prosedur menghadapi golongan pemberontak bersenjata yang diajar oleh Islam (al-Bughah), maka tindakan aktivis reformasi TIDAK SEDIKIT PUN menjadikan diri mereka sebagai al-Bughah yang harus dihapuskan oleh pemerintah. Ini berdasarkan sebab-sebab berikut:
  1. Mereka tidak bersenjata dan tidak menentang secara kekerasan, sebaliknya hanya cuba bersuara dan ingin menyatakan kepada rakyat umum tentang pendapat mereka yang tidak mendapat tempat di arena siaran perdana.
  2. Mereka keluar untuk memberitahu rakyat akan kezaliman dan penyelewengan pemerintah.
  3. Mereka hanya mengajak rakyat menukar pemerintah secara demokrasi kerana pemerintah kini tidak mengubah kemungkaran dan maksiat walaupun setelah berpuluh tahun dinasihati.
  4. Pemerintah tidak mencuba untuk menghapuskan terlebih dahulu kezaliman dan penyelewengan yang didakwa, sebaliknya teruskan memukul, menangkap dan memenjarakan rakyat yang berhimpun untuk menentang kezaliman dan penyelewengan itu.
Sekiranya mereka bukanlah al-Bughah seperti yang diperuntukkan dalam syariah Islam, maka perbuatan sebahagian ‘agamawan’ (tidak sesuai untuk dinamakan ulama) menggunakan nas-nas hadis tentang hukuman al-Bughah seperti di atas adalah satu perbuatan menyelewengkan amanat Nabi s.a.w. dan cuba mengadakan pendustaan di atas nama Islam.

Nampaknya "agamawan" seperti Astora Jabat, Wan Zahidi WanTeh, Mustafa Taib dan suku-sakatnya dalam JAKIM dan YADIM kerap menggunakan hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Ibn `Abbas r.a. yang bermaksud “Sesiapa yang melihat sesuatu perkara yang tidak disukai daripada ketuanya maka hendaklah dia bersabar. Sesungguhnya sesiapa yang berpisah daripada jamaah walaupun sejengkal lalu dia mati maka matinya adalah mati jahiliyyah.”


“Sesuatu perkara yang tidak disukai…” itu ditafsirkan oleh "agamawan-agamawan" terbabit sebagai semua perkara yang tidak disukai rakyat termasuk perkara maksiat dan kezaliman pemerintah. Menurut mereka, rakyat tidak harus sama sekali menentang pemerintah berdasarkan hadis ini. Rakyat kena bersabar sahaja.

Ini merupakan satu pendustaan dalam agama. Sebab pendustaan ini dilakukan mungkin kerana mereka jahil atau tidak cukup ilmu atau cuai tentang hadis lain yang mengkhususkan hadis ini, walaupun mereka tidak akan mengaku kejahilan mereka. Kalau benar mereka tidak jahil tentang hadis yang mengkhususkan itu dan mereka mengetahui serta sedar akan maknanya, maka sesungguhnya mereka telah melakukan kesalahan yang besar iaitu menjual agama Allah s.w.t. dengan dunia yang sedikit.


Cuba kita lihat satu hadis lain yang boleh difahami sebagai bercanggah dengan hadis daripada Ibn `Abbas di atas jika tidak dilakukan penyelarasan antara hadis yang umum dengan hadis yang khusus. Hadis itu ialah yang bermaksud;

“Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan, kalau tidak mampu, dengan lidah, kalau tidak mampu, dengan hati, yang demikian itu (cegah dengan rasa benci di hati) adalah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim daripada Abu Sa`id al-Khudri)


Apakah mungkin Rasulullah s.a.w. mengajar umat Islam dua perkara yang bertentangan? Dalam hadis Abu Sa`id al-Khudri ini baginda menyuruh sesiapa yang melihat kemungkaran (tanpa menyebut siapa yang melakukan kemungkaran itu) hendaklah dia mencegahnya setakat kemampuannya sama ada dengan tangan (kekuatan) atau lidah atau hati. Tetapi mencegah dengan hati adalah selemah-lemah iman. Adakah mungkin baginda menyongsang ajaran baginda sendiri dengan menyuruh supaya bersabar sahaja terhadap kemungkaran pemerintah sehingga mengkritik (mencegah dengan lidah) pun tidak boleh? Tidak mungkin!


Sebaliknya bila diteliti betul-betul keumuman makna “sesuatu perkara yang tidak disukai…”perkara-perkara yang bukan kemungkaran seperti bentuk fizikal atau asal keturunan seseorang pemerintah itu. Ada pun bila pemerintah sendiri melakukan kemungkaran (yang sudah pasti rakyat yang beriman tidak menyukainya), maka mencegahnya dengan lidah dan hati adalah wajib. Ini diperkuatkan lagi oleh sebuah hadis sahih yang lain yang bermaksud;

“Dengar dan taatlah, walaupun pemerintah yang dilantik k
e atas kamu merupakan seorang hamba kulit hitam yang kepalanya berbentuk seperti sebiji anggur.” (Riwayat al-Bukhari daripada Anas bin Malik)

Sifat-sifat fizikal luaran pemerintah inilah yang dimaksudkan dengan “sesuatu perkara yang tidak disukai…” dalam hadis Ibn `Abbas tadi, iaitu sesuatu perkara yang tidak disukai oleh rakyat tetapi bukan termasuk kemungkaran. Jadi hadis Ibn `Abbas itu ialah hadis umum yang makna sebenar hanya boleh difahami secara betul setelah dikhususkan oleh hadis Anas bin Malik tersebut. Kalau tidak dikhususkan, ia boleh bercanggah dengan maksud hadis Abu Sa`id al-Khudri pula.

Dalam ilmu Usul al-Fiqh, percanggahan makna antara dua atau lebih nas yang sahih sebegini dipanggil al-ta`arudh. Masalah Al-ta`arudh ini mesti diungkai supaya semua nas yang sahih dapat diamalkan (ma’mul bihi) dan tiada mana-mana nas sahih yang terabai (muhmal).dhaif, kerana yang dhaif itu boleh dibuang terus. Tetapi jika kedua-duanya adalah nas yang sahih, maka adalah wajib ke atas orang yang beriman beramal dengan semua perintah wahyu yang sahih. Soalnya, bagaimana hendak beramal jika antara kedua-duanya ada percanggahan? Inilah yang perlu diselesaikan secara penyelarasan atau menghimpunkan (al-jam`u) antara nas-nas itu, iaitu nas yang umum dihimpunkan bersama nas yang khusus lalu dikeluarkan makna yang paling dekat dengan tujuan umum syariat (maqasid syar`iyyah).

Di sinilah terletak peri pentingnya kefahaman mendalam terhadap ilmu Usul al-Fiqh sebelum berhujah dengan mana-mana nas. Jika tidak, seseorang itu akan dilihat terumbang-ambing bila dibacakan nas lain yang bercanggah dengan maksud umum yang tidak dikehendaki dalam syariah.
(bersambung)

06 Mei 2008

ISA Menurut Perspektif Islam (7)

7. Al-Bughah dalam perundangan Islam (Pengenalan serta dalil dari Al Quran dan As Sunnah)


Hukum tentang al-Bughah (pemberontak/penceroboh) dalam perundangan Islam ditetapkan oleh ayat 9 Surah al-Hujurat:



“Dan sekiranya dua kumpulan orang beriman saling berperang maka damaikanlah antara kedua-duanya, jika salah satu kumpulan telah menceroboh ke atas kumpulan yang lain maka perangilah kumpulan yang menceroboh itu sehingga ia kembali kepada Allah (dengan meninggalkan perbuatan menceroboh). Jika ia telah kembali, maka damaikanlah kedua-duanya dengan adil, dan berlaku saksamalah, sesungguhnya Allah suka orang-orang yang melakukan kesaksamaan.”

Dalam al-Sunnah juga terdapat beberapa hadis sahih tentang al-Bughah. Antaranya:

1. Daripada `Abdullah bin `Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Sesiapa yang telah menghulurkan tangan dan hatinya (memberi bai`ah/kesetiaan) kepada seseorang pemimpin, maka hendaklah dia mentaatinya selagi termampu. Sekiranya datang seorang lain yang cuba menentangnya (memerangi pemimpin yang dibai`ah itu) maka pancunglah kepala penentangnya itu.” (Riwayat Muslim)

2. Daripada Ibn `Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Sesiapa yang melihat sesuatu perkara yang tidak disukai daripada ketuanya maka hendaklah dia bersabar. Sesungguhnya sesiapa yang berpisah daripada jamaah walaupun sejengkal lalau dia mati maka matinya adalah mati jahiliyyah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3. Daripada `Awf bin Malik al-Asyja`ie beliau berkata, “aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Sebaik-baik pemimpin kamu ialah yang kamu kasihi mereka dan mereka kasihi kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan untuk kamu. Seburuk-buruk pemimpin ialah yang kamu benci mereka dan mereka bencikan kamu, kamu laknat mereka dan mereka melaknat kamu.” Kami berkata, “Wahai Rasulullah, bolehkah kami memerangi mereka?” Baginda menjawab, “Jangan! Selagi mereka bersembahyang bersama kamu kecuali orang yang diperintah oleh seorang pemimpin yang melakukan maksiat, maka hendaklah dia membenci maksiat yang dilakukan itu dan jangan sekali-kali mencabut ketaatan.” (Riwayat Muslim, Ahmad dll.)

4. Daripada Huzayfah bin al-Yaman r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Akan ada selepasku para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak melakukan sunnahku. Akan ada di kalangan kamu pemimpin yang hatinya seperti hati syaitan dalam jasad manusia.” Aku (Huzayfah) bertanya, “Bagaimana harus aku lakukan jika aku sempat dengan suasana itu wahai Rasulullah?” Jawab baginda, “Kamu dengar dan taat walaupun dia (pemimpin itu) menyebat kamu dan mengambil harta kamu, hendaklah kamu dengar dan taat.” (Riwayat Muslim, al-Bayhaqi dll.)

5. Daripada `Ubadah bin al-Somit beliau berkata,
“Kami telah membai`ah Rasulullah s.a.w. untuk dengar dan taat dalam keadaan kami suka atau benci, kami senang atau susah, mengutamakan pemimpin daripada diri kami dan untuk tidak menentang pemimpin melainkan terdapat kekufuran yang jelas hukumnya dalam agama Allah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

6. Daripada Abu Dzar bahawa Rasulullah s.a.w. berkata,
“Wahai Abu Dzar, bagaimanakah kamu sekiranya nanti kamu berada di bawah pemimpin yang tamak dan tidak membahagikan harta al-faie ini?” Jawab Abu Dzar, “Demi Allah yang mengutuskan tuan dengan kebenaran, aku akan pikulkan pedang atas bahuku dan memeranginya sehingga aku bertemu tuan.” Baginda pun bersabda, “Mahukah jika aku tunjukkan kepadamu yang lebih baik daripada itu? Iaitu engkau bersabar sehingga engkau menemuiku.”
(Riwayat Imam Ahmad, dalam sanadnya terdapat perawi bernama Khalid bin Wahaban, Ibnu Hibban menthiqqahkannya manakala Abu Hatim pula mengatakannya majhul)

Semua hadis di atas dan beberapa hadis lain yang berkaitan boleh didapati dalam kitab Nayl al-Awtor (7/171-173) oleh Imam al-Syawkani, kitab al-Tasyri` al-Jinai al-Islami (2/671-673) karangan Syeikh Dr. Abdul Qadir `Awdah dan juga kitab-kitab lain.

Terdapat beberapa takrifan yang dibuat oleh ulama Islam tentang al-Bughah (pemberontak bersenjata) seperti di bawah:

1. Mazhab Hanafi mentafrifkan al-Bughah sebagai ‘orang-orang yang keluar daripada mentaati pemimpin yang sah secara tanpa hak (tidak sah)’
(Hasyiyah Ibn `Abidin, 3/426; Syarhu Fath al-Qadir, 4/48)

2. Mazhab Maliki pula mentakrifkannya sebagai ‘sekumpulan orang Islam yang menentang pemimpin tertinggi (al-Imam al-A`zom) atau timbalannya untuk tujuan menghalang sesuatu hak yang wajib ke atasnya (al-Bughah) atau kerana pemimpin itu telah melakukan kesalahan.’
(Syarhu al-Zurqani, m.s. 60)

3. Al-Bughah pada mazhab Syafie pula bermaksud ‘orang-orang Islam yang menentang pemimpin secara kekerasan dan meninggalkan ketaatan atau enggan menunaikan hak yang wajib ke atas mereka, dengan syarat mereka (al-Bughah) itu memiliki kekuatan senjata, mempunyai alasan penentangan dan mempunyai ketua.’
(Nihayah al-Muhtaj, 8/382)

4. Manakala mazhab Hanbali pula mentakrifkannya sebagai ‘orang-orang yang keluar daripada mentaati pemimpin walaupun yang tidak adil, dengan alasan yang patut (ta’wil sa-igh) dan mereka mempunyai kekuatan senjata walaupun tidak mempunyai ketua.’
(Asna al-Matolib, 4/111)

5. Menurut mazhab al-Zahiri pula, ‘menentang pemimpin yang sah atas alasan yang salah dalam hal agama atau menentang kerana tuntutan keduniaan.’
(al-Muhalla, 11/97,98)

6. Syiah Zaydiyyah mentakrifkannya sebagai ‘orang yang berpegang bahawa pihaknya betul dan pemimpin salah lalu dia memeranginya dengan kumpulan yang ada kekuatan senjata.’
(al-Rawdh al-Nadhir, 4/331)

Dr. Abdul Qadir `Awdah berkata, “para ulama Islam tidak sekata dalam membuat takrifan tentang al-Bughah kerana mereka berselisih pendapat tentang syarat-syarat (bukan tentang rukun-rukun) sesuatu kumpulan itu boleh dikatakan melakukan pemberontakan terhadap kerajaan yang sah. Walau bagaimanapun mereka bertungkus-lumus berijtihad untuk melahirkan suatu takrif yang disepakati yang meliputi rukun-rukun asasi yang menyebabkan sesuatu penentangan itu dikira pemberontakan (al-Baghyu). Maka satu takrif atau definisi yang disepakati oleh seluruh ulama Islam tentang al-Bughah ialah ‘penentangan terhadap pemerintah secara kekerasan.’
(Dr. `Awdah, al-Tasyri` al-Jinai al-Islami, 2/674)


Dari sini bolehlah dikeluarkan tiga rukun asasi terhadap jenayah al-Bughah iaitu:
  1. menentang pemerintah
  2. penentangan secara kekerasan atau bersenjata
  3. ada niat melakukan jenayah
(bersambung)

ISA Menurut Perspektif Islam (6)

6. ISA dari perspektif Islam

Berbalik kita kepada persoalan ISA dari perspektif Islam. Bagaimanakah pendirian Islam terhadap undang-undang atau akta yang sebegini menindas rakyat yang tidak sehaluan dengan kerajaan? Apakah ada dalam peruntukan syariat Islam sebarang hukum yang membenarkan pihak kerajaan melakukan tangkapan dan tahanan tanpa bicara terhadap yang tertuduh?


Untuk menjawab persoalan ini, kita terpaksa membuka Al-Quran, kitab hadis dan kitab feqah tentang hukum dan peraturan dalam hubungan rakyat-pemerintah.

Al-Quran memerintahkan supaya para pemerintah yang mewakili rakyat ditaati selepas ketaatan kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya s.a.w. Allah s.w.t. berfirman:



"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya."
(Surah An-Nisaa’ ayat 59)

Dalam mentaati Ulil Amri ini, sudah tentu bukan ketaatan yang mutlak kerana sekiranya begitu, ia (Ulil Amri) itu telah menjadi At-Toghut dan ini bertentangan dengan kehendak ayat ke 36 dalam Surah An-Nahl yang dibawakan sebelum ini. Sedangkan ketaatan kepada Allah dan Rasul itu tidak boleh dijual beli atau dikompromi dengan sesuatu apa pun. Itulah keimanan yang sejati. Ketaatan yang dikompromi dengan selain Allah dan Rasul adalah ketaatan puak munafiqin yang berpura-pura beriman di atas kekufuran yang diselindungi.

Jadi Ulil Amri yang wajib ditaati ialah pemerintah yang telah taatkan Allah dan Rasul sedangkan dia tidak mengeluarkan perintah melainkan yang bertepatan ataupun tidak bercanggah dengan perintah Allah dan Rasul sahaja. Tatkala Ulil Amri itu mengeluarkan perintah atau undang-undang yang bercanggah dengan peraturan Islam, maka tiada lagi ketaatan kepada Ulil Amri itu, bahkan haram mentaatinya melainkan dalam keadaan terpaksa seperti diugut bunuh. Ini adalah hukum untuk semua orang Islam, termasuklah polis. Ini bertepatan dengan ajaran Baginda s.a.w. dalam sebuah hadis yang bermaksud:

“Tiada ketaatan dalam keadaan maksiat kepada Allah, ketaatan hanyalah dalam perkara makruf”
(Sahih Al-Bukhari 9/109; Sahih Muslim, Bab al-Imarah 8/39)

Sebagai sebuah agama yang lengkap, Islam tidak mengabaikan perbincangan hukum dalam hubungan rakyat dan pemerintah. Bahkan ada bab khusus yang membahaskan persoalan ini dalam kitab fikah yang dikarang oleh ulama Islam sebagai susunan kepada perundangan lengkap yang wujud secara berselerak dalam al-Quran dan hadis. Bab tersebut dinamakan Bab
al-Bughah (Bab Tentang Pemberontak Bersenjata) dalam kitab-kitab fikah.

Gambar: Mustafa Kemal Attartuk (kanan), orang penting yang menjatuhkan sistem khilafah Islamiah Uthmaniah yang berakhir pada tahun 1924 di Turki.
Dalam membincangkan bab ini, satu hakikat yang wajib disedari ialah Ulil Amri ketika zaman ulama penulis kitab-kitab itu merupakan pemerintah yang sedang mentadbir sebuah daulah (negara) Islam dengan mendaulat al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber perundangan dan pentadbiran mereka. (Perlu disebutkan bahawa sistem khilafah yang bertunjangkan al-Quran dan al-sunnah telah dihapuskan secara rasmi oleh si laknat Mustafa Kemal Attartuk pada Mac 1924). Walaupun di kalangan khalifah yang menjadi pemerintah ketika itu ada yang disejarahkan sebagai zalim atau fasiq (tanpa pengesahan jelas tentang kezaliman mereka selain daripada tulisan para penulis buku sejarah), namun perundangan masih bersumberkan dua sumber wahyu Allah s.w.t. itu.

Ulil Amri umat Islam hari ini amat jauh berbeza kerana mereka bukan lagi menjalankan amanah rakyat di bawah daulah Islam, tetapi negara moden dengan sistem pentadbiran sekular yang dianugerahkan oleh penjajah kepada mereka setelah penjajah selesaikan ‘tugas’ mereka di tanah jajahan. Antara ‘tugas’ penjajah ialah:
  1. menyelenggarakan undang-undang di tanah jajahan berdasarkan restu kerajaan mereka
  2. menyediakan pelapis daripada kalangan anak tempatan yang mampu menyambung proses sekularisasi mereka selepas anugerah ‘kemerdekaan’. Para pelapis ini disediakan melalui sistem pendidikan dan media; dan
  3. meninggalkan undang-undang (seperti undang-undang ISA) yang boleh memelihara survival kerajaan baru yang dikuasai oleh anak tempatan yang dididik mereka.
Ulil Amri kini lebih berkiblatkan kemajuan barat daripada berkiblatkan petunjuk al-Quran dan sunnah. Bahkan ada antara mereka yang mencela perundangan Islam yang terhasil daripada petunjuk wahyu itu.

Apabila demikian kedudukan
Ulil Amri umat Islam hari ini, maka mereka tiada hak lagi bagi mereka untuk mewajibkan ketaatan daripada rakyat berdasarkan ayat 59 surah An-Nisaa’ itu.

Ulil Amri kini meneruskan penggunaan undang-undang zalim yang digunakan di zaman pemerintahan beraja dan diktator berkuku besi yang memaksa rakyat tunduk tanpa soal kepada pemerintah. Rakyat tidak mampu menyoal ‘kenapa?’, apatah lagi untuk berkata ‘tidak!’ terhadap kehendak pemerintah.

(bersambung)

04 Mei 2008

ISA Menurut Perspektif Islam (5)

Gambar: Nik Adli Nik Abdul Aziz, antara bekas tahanan yang ditahan kerana dituduh terlibat dengan kegiatan militan Kumpulan Militan malaysia (KMM) yang sebelum ini disebut sebagai Kumpulan Mujahidin Malaysia yang "mengancam keselamatan negara".

5. ISA undang-undang draconian zaman purba dan pertengahan


Raja Namrud, dinasti Firaun dan pemerintahan Raja-Paderi (atau King-Pope) di Eropah terkenal dalam sejarah manusia mengamalkan undang-undang memaksa rakyatnya tunduk tanpa soal kepada pemerintah, peraturan siapa berkuasa dia pasti betul. Cuma mereka mungkin tidak mempunyai undang-undang yang bertulis seperti ISA di Malaysia dan beberapa negara lain.

Pemerintahan campuran King-Pope zaman pertengahan di Eropah (antara 500 – 1500 Masihi) mengamalkan peraturan rakyat wajib mengikut pendapat pemerintah sehingga diwujudkan
Court of Inquisition (Mahkamah Pemeriksaan) untuk memastikan rakyat taat tanpa sebarang soal. Sesiapa yang didapati ataupun disyaki mengeluarkan pendapat bertentangan dengan pemerintah akan dihukum bunuh termasuk dibakar hidup-hidup. Ramai saintis dihukum bunuh atau penjara kerana mengeluarkan pendapat baru yang bertentangan dengan arus perdana istana-gereja. Inilah antara faktor yang membangkitkan rakyat melakukan revolusi dan reformasi agama pimpinan Martin Luther pada 1517 untuk menentang pemerintahan istana yang dicorakkan oleh gereja. Akhirnya masyarakat Eropah menukar sistem pemerintahan daripada beraja mutlak (sistem feudal) kepada demokrasi bebas dan daripada beragama di bawah payung gereja kepada sekularisme yang membuang agama acuan gereja.

ISA adalah umpama peraturan yang diamalkan oleh
Court of Inquisition di Eropah dulu. Polis-polis yang menguatkuasakan peraturan ISA itu adalah sama dengan para Inquisitors yang merisik, menangkap, mengurung dalam bilik gelap, menyiksa tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak bertemu keluarga dan membela diri bagi orang tahanan. Penderaan fizikal dan mental dilakukan selagi tahanan tidak mengaku salah atau berjanji untuk mengubah pendirian.

Polis Cawangan Khas di Malaysia menamakan proses pemeriksaan/siasatan
Inquisitor ini sebagai proses neutralise atau turn-over. Hak untuk menangkap tanpa waran diberikan kepada polis hanya berdasarkan syak, bukan bukti. Tempoh tahanan untuk proses ‘siasatan’ yang sebenarnya neutralise dan turn-over itu memakan masa sehingga 60 hari tanpa arahan mahkamah. Tempoh 60 hari itu hakikatnya adalah ‘hukuman’ yang dijatuhkan oleh polis, bukan tempoh siasatan. Undang-undang perlembagaan tidak membenarkan seseorang warganegara ditahan tanpa arahan majistret melebihi tempoh 24 jam (tidak termasuk masa perjalanan yang perlu) dan orang itu tidak boleh ditahan selanjutnya dengan tiada kuasa majistret itu (Perkara 5 Fasal 4, Perlembagaan Persekutuan).

Selepas itu Menteri Dalam Negeri boleh mengarahkan supaya tempoh tahanan disambung maksimum dua tahun-dua tahun jika menteri itu ‘berpuas hati’ bahawa tahanan adalah ‘perlu’ untuk mencegah tindakan yang ‘mengancam keselamatan negara’. Di sini menteri pula berkuasa menjadi hakim yang menjatuhkan hukuman penjara, juga tanpa hak untuk membela diri bagi tertuduh.
Ini juga bertentangan dengan Perlembagaan seperti tersebut di atas.

(bersambung)

02 Mei 2008

ISA Menurut Perspektif Islam (4)

4. Respon media kerajaan


Pihak kerajaan dan penyokongnya sudah pasti mengatakan penahanan di bawah ISA ini wajar, dan kesal kerana kerajaan kononnya d
ituduh mencabul hak asasi manusia. Para pengampu yang dulu pernah ditahan di bawah akta yang sama pun kali ini menyokong penuh penahanan lapan aktivis itu sambil memberi kepercayaan kononnya polis mesti bertindak berlandaskan ‘bukti kukuh’. Ini juga seolah-olah meletakkan pasukan polis sebagai satu pasukan ‘malaikat’ yang tak pernah silap. Polis buatlah apa sahaja pun, sudah pasti polis betul, walaupun gagal membuktikan tuduhan ke atas orang yang kena tahan.

Cuma seorang kolumnis Berita Harian (edisi 28 April 2001) yang agak rasional dalam kolumnya ‘Bila Sauh Dilabuh’. Wartawan veteran itu juga pernah di-ISA-kan pada tahun 70-an selama hampir lima tahun tanpa tuduhan berasas dan sebarang perbicaraan. Beliau berpendapat bahawa ISA sering digunakan oleh pihak berkuasa untuk menentang suara yang tidak sehaluan, yang bukan komunis. Pihak yang memangsai beliau pada 70-an itu
juga ialah para pemimpin UMNO, tegasnya. Dan UMNO itu jugalah yang menerkam dan menggigit mangsanya hari ini dengan kuku dan taring ISA.

Sedangkan inilah satu bentuk kediktatoran (istibdad) dan perhambaan (isti`bad), apa sahaja yang dilakukan oleh pihak yang ada kuasa, justifikasinya adalah benar dan betul. Rakyat juga wajib menerimanya sebagai betul dan adil. Demi Allah, inilah gambaran masyarakat manusia yang hidup di zaman Firaun dulu. Apa sahaja kata Firaun, maka dia pasti betul. Apa sahaja tindakan orang suruhan Firaun (al-Quran menamakan mereka sebagai al-Mala’), maka sudah pasti benar kerana mereka bertindak berasaskan ‘bukti kukuh’ dan ‘sah’ menurut timbangan undang-undang Firaun. Hari ini ISA adalah undang-undang
yang sah menurut pertimbangan ISA yang diwujudkan di zaman ancaman komunis, BUKAN sah menurut perlembagaan negara, deklarasi hak asasi manusia, apatah lagi menurut prinsip keadilan Islam.

Keangkuhan mereka yang memiliki kuasa amat melampau. Cadangan sebuah suruhan jaya yang ditubuhkan khas oleh Parlimen untuk memantau kebebasan asasi di Malaysia (Suhakam) dalam sebuah negara demokrasi dikatakan hanya semata-mata cadangan dan kerajaan tidak terikat dengan cadangan itu. Ada pula yang mengatakan Suhakam tidak berhak mempertikai tindakan tidak demokratik orang suruhan kerajaan (polis), kerana kononnya Suhakam tidak diberi tanggungjawab menjaga keselamatan awam.


Polis pula nampaknya berdolak-dalik. Mula-mula KPN berkata boleh buat permohonan rasmi untuk bertemu dengan aktivis reformasi yang ditahan itu dan tiada masalah untuk menimbang permohonan yang mengikut prosedur (Utusan Malaysia, 13 April 2001). Kini, mahkamah diberitahu bahawa KPN tidak membenarkan lawatan terhadap tahanan kerana tidak mahu menjejaskan siasatan (Mingguan Malaysia, 29 April). Apakah jenis siasatan pun kita tak tahu, sehingga nak bertemu dan melihat sekejap mangsa tahanan pun tak boleh. Apa yang hendak disiasat sehingga perlu ditahan selama 60 hari tanpa arahan hakim di mahkamah, melainkan pegawa
i polis itu sendiri yang menjadi hakim dan menjatuhkan hukuman 60 hari penjara. Cuma kita pernah dengar daripada bekas Pengarah Cawangan Khas, Datuk Mohd Said Awang memberitahu mahkamah bahawa polis mengamalkan teknik torture (fizikal dan mental) dan brainwash untuk mengubah pendirian mangsa kepada pendirian yang sama dengan kehendak polis. Ini dinamakan proses turn-over atau neutralise. Mungkin ini yang memerlukan masa sehingga 60 hari dan perbuatan kotor yang tiada peri kemanusiaan ini perlu dirahsiakan daripada pengetahuan awam, termasuk Suhakam.

Adakah polis memiliki sebarang hak untuk menyekat wakil Suhakam, ahli keluarga dan doktor daripada bertemu dengan tahanan ISA? Ataupun kerana ada sesuatu perkara yang hendak disembunyikan? Kemungkinan polis melakukan sesuatu di luar bidang kuasa dan undang-undang tidak dapat ditolak lagi apabila ada bukti kes mata lebam angkara perbuatan jahat orang yang berpangkat KPN juga (kini bekas).


Itulah dia gambaran nasib ‘penjenayah’ yang dihukum menurut ISA. Kesalahannya ialah memerangi kerajaan dengan senjata ‘lidah’ yang dianggap lebih bahaya daripada senjata api. Soalnya sekarang, (kalau benar demonstrasi jalanan mengancam keselamatan), sekiranya salah satu cadangan Suhakam (yang telah dicadangkan oleh Barisan Alternatif lama sebelum kewujudan Suhakam) diterima pakai, iaitu berkenaan hak berhimpun di tempat yang terkawal seperti stadium, dewan seperti di PWTC, tanah lapang hak persendirian dan lain-lain seperti yang dibenarkan kepa
da perhimpunan anjuran UMNO/BN, adakah para aktivis reformasi itu akan berarak dan berdemonstrasi lagi di tengah jalan? Tetapi kerajaan nampaknya tidak berani membenarkan perhimpunan aman di tempat yang terjamin keamanannya itu dengan menggunakan kuasa polis (tidak mengeluarkan permit perhimpunan) berbanding kalau perhimpunan itu anjuran UMNO/BN. Bahkan kalau anjuran UMNO/BN, tiada permit polis pun tidak dikira perhimpunan haram walaupun perhimpunan yang membakar api perkauman. Jadi perhimpunan yang tiada permit hanya haram untuk BA, tidak untuk UMNO/BN.

Lebih merimaskan lagi apabila ada orang yang berada di kelas intelek tetapi telah memberi pandangan yang mencemarkan intelektualismenya dengan mendakwa Suhakam menyusahkan kerajaan dan memberi pandangan yang sam
a dengan suara minoriti iaitu pembangkang (kenyataan seorang menteri luar yang berkelulusan undang-undang). Kenyataan ini telah membodohkan si penanya dan si penjawab yang mengadakan wawancara yang disiarkan oleh sebuah akhbar perdana yang tabiatnya menyiarkan berita politik yang meloyakan dengan perencah pembohongan (seperti mengatakan John R. Mallot dan para pemimpin BA menghadiri ‘pertemuan sulit’ KeADILan di Kuala Lumpur). Para wartawannya pula nampak terlalu bodoh dan kehingusan tentang undang-undang perlembagaan apabila mengemukakan soalan (sebenarnya pegangan) di depan Timbalan Pengerusi Suhakam kononnya ‘Suhakam jelas hanya condong kepada pihak pembangkang sahaja’ dan mendakwa ‘Suhakam sebagai lebih sudu daripada kuah’. (Lihat Mingguan Malaysia, 29 April 2001)

Namun inilah mentaliti pihak kerajaan dan para penyokong kerajaan. Mereka seolah-olah telah menelan kepercayaan bahawa kerajaan yang ada hari ini adalah sebuah kerajaan yang diturunkan dari langit (the revealed rulers) atau pemimpin kerajaan itu semua telah dilahirkan, bahkan telah ditakdirkan sejak azali untuk menjadi pemimpin kerajaan Malaysia, bukan menjadi kerajaan atas dasar pilihan raya demokrasi dan mereka hanyalah wakil-wakil kepada rakyat yang berkuasa.

Oleh itu, rakyat tidak harus membantah atau merentangi arus perdana kerajaan ‘yang diturunkan dari langit’ walaupun kerajaan berada dalam situasi yang salah (antara kesalahannya ialah mengekalkan ISA yang zalim dan bercanggah dengan nilai keadilan sejagat). Pihak penyokong kerajaan seolah-olah telah menjadikan diri mereka berfikir seperti hamba kulit hitam di Eropah yang mempercayai bahawa tuan mereka tidak boleh dilawan kerena tuan itulah yang memberi mereka makan. Macam mana zalim pu
n tuan itu, dia mesti dipatuhi. Kalau tidak si hamba tidak boleh hidup, kerana bekalan makanan hanya terdapat di tangan si tuan.

Ini sebenarnya satu bentuk pengabdian kepada al-Toghut (iaitu segala perkara selain Allah s.w.t. yang ditaati tanpa soal), sedangkan setiap rasul diutuskan kepada setiap umat untuk menghapuskan pengabdian kepada al-Toghut ini. Firman Allah s.w.t:


"Dan sungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul). ”
(Surah An-Nahl, ayat 36)

(bersambung)

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai