"kalau tersinggung, memang sengaja. kalau marah, maafkan saja.
kalau suka, aku pun sama"


08 Mei 2008

Sibuk Nak Tangkap Karpal, Siti Fatimah Dibiar Murtad!

Palace Of Justice: Simbol keadilan di Malaysia?

Jaga kuasa lebih penting dari jaga agama seseorang rakyat?

Baru sahaja baca Utusan Malaysia Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Ean Huang, 39 kembali kepada agama beliau sebelum ini dalam ertikata lain "MURTAD". Mahkamah Syariah Pulau Pinang "membenarkan" beliau murtad. Tak pasti atas alasan apa, dalil apa, hujjah mana yang didatangkan hingga membenarkan orang Islam murtad!

Sebelum tu baca berita Pak Lah sibuk dengan Karpal yang dikatakan tidak menhormati institusi raja melayu apabila memberi komentar keputusan Sultan Perak terhadap apa yang berlaku mempunyai kecenderungan menghasut dan menimbulkan kemarahan orang Melayu. Saya tak pastilah orang melayu mana yang nak bangkit? Jika isu murtad merupakan isu paling tegang yang pernah dibangkitkan oleh orang melayu suatu ketika dahulu. Tetapi dipandang biasa sahaja bila hari ini, apatah lagi masalah ketuanan melayu yang sering disebut-sebut oleh sebahagian pihak yang takut kehilangan kuasa.

Adakah UMNO lupa? Dalam PAS dan PKR ada Melayu, bahkan dalam DAP juga ada melayu. Mahu menjaga ketuanan melayu atau mahu menjaga "ketuanan UMNO". Sibuk dengan ketuanan melayu hilang ke mana ketuanan Islam? Ramai yang murtad tak terfikir, sibuk dengan ketuanan melayu. Nak ke mana dibawa ketuanan melayu ni? Padang Mahsyar kelak, tidak ditanya kamu ni bangsa apa? Bangsa Melayukah kamu? haaa.. masuk syurga! Bangsa cina kamu ni? masuk nerakalah!

Rasanya sejak dari dahulu gerakan Islam di Tanah Melayu ni mendesak agar Malaysia menukar dasar pemerintahannya kepada Dasar Islam yang bersumberkan kepada Al Quran dan As Sunnah. Ini kerana tiada kesesatan yang akan timbul dan berlaku jika kita komit dengan dasar Islam yang kita pegang. Mohon hidayat dan petunjuk dari Allah agar terus membimbing kita.

Isnin ini mungkin sidang parlimen semakin hangat dengan isu murtad dan amat yakin Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato Ahmad Zahid Hamidi panas telinga! Wahai pemimpin Malaysia masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya!

5 ulasan:

  1. SALAM...bukan Pak Lah sorang je yang sibuk mempertahankan institusi beraja dan marah dengan tindakan Karpal Singh..TAPI SELURUH RAKYAT YG BUKAN MELAYU PUN MEMPERTAHANKANNYA!!!!Hal ini jelas menunjukkan orang bukan melayu pun mengharapkan kedamaian,keamanan dalam negara berterusan..isyh,isyhishy...macam dah ketinggalan zaman jer pasal kes siti fatimah tu...bukan ke dalam surat khabar semalam(8 mei 2008-berita harian),peguuam siti fatimah dah jelaskan kenapa permohonannya patut diterima...SEBAB dia dah mengaku, dia tak berapa yakin dengan agama islam MALAH tak pernah mengamalkan ajaran agama tersebut(islam)sejak memeluknya.ADA FAHAM!!!dan yang paling mengecewakan masuk islam hanya semata-mata bagi membolehkanya BERKAHWIN DENGAN LELAKI IRAN...hai..apa nak jadi da...memang ,hakim mahkamah syariah pulau pinang ada menyatakan rasa kekesalan terhadap tindakan maipp yg x m'beri bimbingan terhadap siti fatimah TAPI itu x boleh ianya sebagai alasan atau saling 'menuding jari'

    DAN LAGI SATU ....:)


    Nizar membisu
    Oleh Abdul Razak Din
    IPOH 8 Mei - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengambil sikap berdiam diri dengan tidak menyatakan sebarang pendirian terhadap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).
    Ketika diminta menyatakan pendirian berhubung perkara itu beliau hanya menjawab: ''Tiada, tiada, tiada, tiada komen, tiada kenyataan daripada saya.''
    Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
    Meskipun didesak oleh para wartawan, Mohammad Nizar tetap mengelak untuk memberikan sebarang komen.
    Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir meminta Menteri Besar menyatakan pendirian kerajaan negeri terhadap sikap biadap Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
    Ini kerana katanya, seluruh rakyat yang menghormati institusi raja terluka dengan sikap Karpal mempertikaikan kuasa Sultan Perak dan Raja Muda, Raja Dr. Nazrin Shah secara terbuka.
    Tindakan Karpal menyanggah titah Sultan Perak menunjukkan keperibadian beliau tidak terdidik dengan sosio-budaya dan sistem berkerajaan yang diwarisi turun temurun di negara ini.
    Malah, apa yang paling dikesali, katanya, Karpal mengkritik Sultan Perak yang pernah menyumbangkan jasa besar dalam perundangan negara dan disegani seluruh masyarakat.
    Sementara itu, Mohammad Nizar juga memberitahu, beliau belum mendapat perkenan Sultan Perak untuk menghadap memohon ampun berhubung tindakannya yang membelakangkan baginda ketika mengarahkan pertukaran Pengarah JAIP.
    ''Saya belum mendapat perkenan untuk menghadap baginda dan tarikhnya juga belum ditetapkan," katanya.


    FIKIR-FIKIRKAN LA YE..siapa yg "pilih" beliau ni masa PRU 12ARI TU..

    BalasPadam
  2. WAHAI GRADUAN AL-AZHAR KEMBALI LAH KE PANGKAL JALAN(tujuan belajar di sana)

    BalasPadam
  3. Bukan graduan tapi pelajar/penuntut.. Graduan tu dah tamat.. dapat ijazah...

    BalasPadam
  4. 'Keputusan isytihar keluar Islam tepat'


    KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan keputusan yang diambil Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam adalah tepat.

    Beliau berkata begitu berikutan tiada peruntukan hukum murtad dalam konteks Malaysia (penguatkuasaan menyeluruh), tetapi pada masa sama menegaskan keadaan itu tidak menggalakkan murtad oleh mana-mana pihak.

    “Saya puji tindakan peguam Ahmad Jailani Abd Ghani dan Hakim Syarie Perlis, Othman Ibrahim kerana berani mengendalikan kes sebegini yang pertama kali seumpamanya di Malaysia.

    “Akidah Fatimah atau nama sebenarnya Tan Ean Huang, 39, yang tidak mengamalkan ajaran Islam sejak awal lagi sudah murtad, walaupun sebelum mendapat pengiktirafan mahkamah,” katanya, ketika dihubungi, di sini, semalam.

    Kelmarin, Hakim Othman memerintahkan supaya Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) membatalkan sijil pendaftaran memeluk Islam wanita itu dan memutuskan plaintif bukan lagi seorang Islam menurut Seksyen 61(3)b(x) Enakmen Aturcara Mal Mahkamah Syariah Pulau Pinang 2004.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi juga dilaporkan berkata, rakyat perlu menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang membenarkan permohonan Fatimah mengisytiharkan dirinya bukan seorang Islam selepas tidak mengamalkan ajarannya sejak memeluk Islam pada 1999.

    BalasPadam
  5. betul la ibnu ali...
    kerajaan mmg sengal...
    yg anakjati johor pun sama gak...
    mmg umum tau yg siti fatimah tu dh xder hati dengan Islam yg dia peluk semata-mata nk kawin tu...
    cuma yg menjadi perbincangan di sini kenapa soal siti fatimah yg melibatkan maruah Islam dibiarkan selamba jer...
    kalau isu karpal... mak aih mcm taufan nargis...
    malah kalah tsunami...
    lg 1 'anak jati umno'... tukarlah xlayak ltk anak jati johor...
    xkira lah graduan ke, penuntut lg ke, soal menuntut ilmu tu mmg fh menjadi kefardhuan...
    amik peduli ttg perihal agama Islam dan negara tidak boleh dikesampingkan...
    itu tanggungjawab semua yg mendalami agama untuk menegakkannya berpandukan kepada ajaran Quran dan Sunnah...
    bukan merapu xtntu pasal...
    itu pun tarak faham ka...
    SENGAL!!!

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails
Kalami boleh dilanggan secara
Email atau pun RSS.


KEMPEN KIBARKAN BENDERA KELANTAN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kenapa aku kibarkan bendera Kelantan? [KLIK SINI]

Credit untuk DIMAN

Follow ibnuali1949 on Twitter

Pro-Tajdid Segar

Palestin & Tarbiah

Wasiat Sepuluh


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

 

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah

Solawat!

My Days

Komen-Komen

Arkib

Promo


Mahu Menjadi Ahli PAS? [klik sini]

Klik pada iklan untuk maklumat lanjut

Blog Aku Juga

Mata Rantai