Apa yang menarik tentang PMRAM? Fikrahnya? Gagasannya? Atau pimpinannya? Atau programnya? PMRAM dilihat masih relevan bagi mahasiswa di Mesir. Kenapa? Kerana ianya masih bebas di muka bumi Mesir. Ianya berdaftar sebagai NGO di Mesir. Gerak gerinya sering dipantau pihak keselamatan Mesir. Masalah dalamannya juga diketahui pihak keselamatan Mesir. Kerajaan Malaysia yang mengusulkan untuk mengharamkan PMRAM pun diketahui oleh pihak keselamatan Mesir. Bahkan hubungan PMRAM dengan kedutaan pun diketahuinya. Tetapi PMRAM tetap diberi haknya oleh pihak keselamatan Mesir. Kenapa? Presiden PMRAM pun tak tahu kot. hehe. Mereka sahaja yang tahu kenapa.
PMRAM diterima kerana perkara-perkara yang aku sebut tadi. Tapi bukannya seratus peratus. Bahkan satu fikrah satu amal yang tertera di bag, baju keluarannya bagaikan kempen yang mendesak. Mungkin kerana sukar menyatukan fikrah dan amal mahasiswa di Mesir ni. Tapi PMRAM nampak berjaya dalam menyatukan mahasiswa di lapangan lain. Terutama lapangan sukan. Lapangan sukan boleh menyatukan Mahasiswa.
Aku bermain untuk Piala Malaysia anjuran PMRAM pada 25 hingga 28 Julai lepas. Hampir semua negeri menyertai kejohanan tersebut kecuali Perlis yang mungkin tidak cukup pemain. Memandang tahun ini ramai yang pulang ke Malaysia. Yang menariknya pasukan dari Negeri Sembilan. Salah satu Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang mempunyai pegawai yang negatif terhadap program-program PMRAM. Sehinggakan BKAN Negeri Sembilan terpaksa dibekukan dalam senarai BKAN naungan PMRAM. Seperti mana yang berlaku kepada Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dahulu. Setelah Pakatan Rakyat memerintah Selengor BKASM kembali hidup dan bernaung kembali di bawah PMRAM. Bukanlah PMRAM itu dinaungi Pakatan Rakyat, tetapi ianya dinaungi oleh pihak kemasyarakatan Mesir. Apa yang perlu dilihat ialah kekuatan dari pihak mahasiswa itu sendiri yang melakukan perubahan.
Mengapa BKANS boleh menyertai Piala Malaysia anjuran PMRAM tetapi tidak di medan lain seumpama Muktamar Sanawi dan Konvensyen PMRAM? Apakah pegawai tidak merestui untuk menyertainya sebagai alasan? Atau usaha bersungguh yang datang dari mahasiswa sendiri untuk menyertai kejohanan ini? Aku tidak tahu secara terperinci mengapa Negeri Sembilan boleh menyertai Piala Malaysia anjuran PMRAM. Mengapa di sini tiada halangan dari pihak-pihak tertentu. Tetapi dalam masa yang sama di medan lain tiada penyertaan. Hal ini belum berlaku pada Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) yang baru menerima pegawai. Mungkin kerana pegawai kebajikan BKPJM merupakan bekas kadhi dan bekas mahasiswa Al Azhar, suasana kemahasiswaan di sini mungkin beliau telah merasai dan memahami perjalanan PMRAM sebagai penaung mahasiswa di Mesir ini.
Perubahan sikap dari pihak pegawai kebajikan ada perubahan nampaknya. Bukan sahaja dari negeri-negeri Pakatan Rakyat, malah kepada negeri-negeri yang masih diperintah Umno/BN. Namun Negeri Sembilan belum pasti kenapa. Adakah Piala Malaysia satu permulaan yang baik yang ditunjukan oleh pegawai HEP Negeri Sembilan? Kita harap-harapkan begitu.
Gambar 1: Pasukan Johor FC dari Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir
Gambar 2: Pasukan Negeri Sembilan dari Badan Kebajikan Anak Negeri Sembilan